Isu infrastruktur tumpuan MP Beaufort semasa membahas RUU Perbekalan 2025 di Dewan Rakyat

KUALA LUMPUR: Isu berkaitan masalah infrastruktur di Sabah khususnya di kawasan Parlimen Beaufort terus mendapat perhatian dan dibangkitkan oleh Ahli Parlimen Beaufort Datuk Hajah Siti Aminah Aching ketika mengambil bahagian dalam sesi Perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2025 di dewan Rakyat pada selasa lepas.

Advertisements

Semasa perbahasan tersebut Siti Aminah mahu kerajaan melihat secara teliti pembangunan infrastruktur di Sabah bagi merealisasikan aspirasi yang digariskan dalam KSP RMK12.

Antara lain Siti Aminah meminta kerajaan khususnya Kementerian Kesihatan untuk menaik taraf beberapa jalan termasuk fasiliti kesihatan di Hospital daerah Beaufort bagi memastikan masyarakat di kawasan itu mendapat akses kepada kemudahan asas dengan sempurna.

“Saya berharap penyiapan projek naik taraf Hospital Daerah Beaufort dapat dipercepatkan untuk kemudahan dan kesejahteraan rakyat, ini termasuklah mempertimbangkan kelulusan untuk melebarkan jalan utama dan laluan ke bahagian kecemasan hospital Beaufort, yang ketika ini terlalu sempit, membina sebuah rumah transit untuk kemudahan ahli keluarga menjaga pesakit dan membina sebuah kantin,“ katanya.

Siti Aminah yang juga Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno semasa sesi perbahasahan tersebut turut membangkitkan isu ketidakseimbangan pembangunan bagi negeri di Semenanjung, Sabah dan Sarawak antaranya dalam sektor pendidikan.

“Di kawasan Parlimen saya ada lima buah sekolah yang boleh diketegorikan sekolah daif yang perlu diganti dengan bangunan baru atau kerja-kerja pembaikan,selain itu peruntukan juga diperlukan untuk memindah tiga buah sekolah ke tapak baharu iaitu Sk Kebulu, SJCK Lian Hua dan Sk Batu 60 yang sering kali dilanda banjir,” katanya.

Dalam bidang pembinaan modal insan Siti Aminah juga turut meminta agar Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) agar dapat menyegarakan pembinaan Kolej Profesional MARA di daerah Beaufort yang mana peruntukanya telah pun diluluskan sebelum ini.

“Seiring dengan usaha kerajaan untuk memperkasakan TVET saya berharap pelaksanaan projek ini dapat disegarakan bagi memberikan kemudahan kepada generasi muda untuk belajar dalam bidang kemahiran,” katanya.

Turut disentuh dalam perbahasan yang berkaitan (KKDW) Siti Aminah memohon agar Kementerian dapat mengwujudkan Mini Industri Halal untuk memproses makanan di kawasan Parlimen Beaufort selain itu (KKDW) juga diharap dapat memberikan peruntukan untuk memperbaiki jalan-jalan perhubungan Desa yang mengalami kerosakan di kawasan berkenaan.

Dalam pada itu, Siti Aminah dalam perbahasanya kali ini turut menekankan akan keperluan untuk membina sebuah balai Bomba Baru di daerah Kecil Menumbok khusus untuk menangani kes-kes kebakaran dan kemalangan .

Menurut beliau apabila berlaku kebakaran dan kemalangan di daerah tersebut kebergantungan bantuan dari pihak Bomba hanya boleh diperolehi daerah daerah Kuala Penyu atau Beaufort yang jarak perjalananya mengambil masa menyebabkan tindakan segara untuk memadam kebakaran termasuk kemalangan lambat dilakukan.

“Justeru saya berharap Kerajaan melalui Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan dapat membina sebuah balai Bomba baru di daerah Kecil Menumbok selain memasang lampu dibawah bidang kuasa pihak berkuasa tempatan di kawasan-kawasan yang sering berlakuknya kemalangan,” katanya.

Siti Aminah juga turut menyentuh isu pembangunan belia dimanasesi perbahasan perbekalan kali ini beliau turut meminta Kementerian Belia dan Sukan agar dapat meningkatkan fasiliti di Kompleks Sukan Beaufort antara yang dicadangkan ialah pembinaan sebuah dewan serba guna,serta memasang lampu di kompleks sukan berkenaan.

“Saya mohon dan merayu kepada kementerian berkaitan… bantu kami, pegawai-pegawai kerajaan turun padang lihat kawasan kami, keperluan rakyat yang mereka harapkan laporkan, buat perancangan dan buat tindakan supaya semua usaha kerajaan MADANI dapat diyakini rakyat,” katanya mengakhiri perbahasan itu.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles