SIPITANG: UMNO tetap relevan sebagai sebuah parti yang tulen berpaksikan tanggungjawab,amanah serta Ikhlas menjaga kepentingan rakyat tanpa musim.
Ketua Umno bahagian Sipitang Haji Abd.Rahman Mohd. Noh berkata, budaya peduli rakyat yang sudah sebati dengan perjuangan Umno selama ini terus dilaksanakan walaupun pemimpinya bersilih ganti.
“Kesatuan sesama pemimpin UMNO bermula dari akar umbi hingga ke peringkat tertinggi semata-mata memfokuskan kebajikan rakyat dan mencongak usaha pembangunan selepas merdeka,” katanya selepas melakukan program ziarah dan menyampaikan bantuan bakul makanan di Zon Pantai dan beberapa buah kampung yang berdekatan kemarin.
Sebelum itu Abd Rahman bersama rombongan Umno bahagian Sipitang juga turut mengunjungi keluarga Kewa Are Kapong di kampung Banting Sipitang dan menyampaikan bantaun Atap Zink dan bakul makanan kepada keluarga terlibat yang mana rumah keluarga ini mengalami kerosakan yang teruk selepas dilanda angin ribut minggu lalu .
Menurut Abd Rahman walaupun bukan berjawatan sebagai wakil rakyat namun tanggungjawab menjaga Kebajikan rakyat yang dilanda musibah akan menjadi keutamaan Umno bahagian itu.
“Sumbangan kita tidaklah sebesar mana, namun kita berharap dengan bantuan ini dapat meringankan beban keluarga yang terlibat selain dapat merapatkan hubungan silatulrahim antara kepimpinan Umno dan Masyarakat setempat” katanya.
Abd Rahman yang juga Pengerusi Penasihat Pusat Giat Mara Sipitang berkata,, senario kehidupan rakyat hari ini amat mencabar dengan kenaikan kos sara hidup justeru aspek kebajikan perlu diberi tumpuan sejajar perbezaan jurang pendapatan, ekonomi, kemajuan pendidikan mahupun ditimpa penyakit dan bencana alam seperti banjir serta kebakaran.
“Senario ini antara cabaran UMNO di peringkat bahagian dan perlu dipikul dengan jujur, ikhlas dan berintergriti oleh ahli jawatankuasa termasuk sayap wanita, pemuda dan puteri sepanjang masa” katanya.
Abd Rahman berkata melihat kepada senario ini rakyat sebenarnya masih memerlukan pembelaan dari kerajaan, justeru kenyataan garis kemiskinan tager di Sabah sudah diatasi oleh pihak-pihak berkenaan sebelum ini lebih kepada kenyataan ritorik ini kerana apabila turun ke lapangan keadaannya jauh bebeza dari apa yang diuar-uarkan
Turut bersama dalam program ziarah tersebut Setiausaha Umno bahagian Haji Jaini Puasa, Ketua Wanita Umno bahagian Sipitang Amuilin Junsin ,Bendahari Umno bahagian Abdullah Lokman