Penubuhan JPKKP di Sabah merosakkan keharmonian dan perpaduan hanya persepsi negatif pihak tertentu – Jeffery Nor

PUTATAN: Tidak ada pihak berhak meminta kerajaan Pusat untuk menarik balik pelantikan Jawatankuasa Pembangunan dan Kelamatan Kampung Persekutuan (JPKKP) di negeri ini.

Advertisements

Ketua Umno bahagian Putatan Jeffery Nor Mohamed berkata keputusan untuk mengwujudkan (JPKKP) dinegeri ini telah diputuskan oleh kerajaan Pusat bertujuan untuk mengimbangi dan membantu memperkasakan pembangunan khususnya di kawasan luar bandar di Sabah.

“Keputusan ini juga melihat kepada ketidak adilan kerajaan negeri dalam menyedia dan menyalurkan peruntukan ke kawasan luar bandar dimana kawasan kawasan yang di wakili oleh Wakil Rakyat BN dianak tirikan dengan tidak menyediakan peruntukan , selain tiada keupayaan dan kesungguhan kerajaan negeri membangunkan kawasan luar bandar dengan pelbagai isu terutamanya dalam penyediaan Insfrastrukutur asas, jalanraya, bekalan air bersih, air selain isu kemiskinan,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini.

Jeffery berkata penubuhan JPKKP di Sabah lebih banyak memberikan manafaatkan kepada rakyat di negeri ini khsususnya di luar bandar kerajaan kerajaan Pusat turut menyediakan peruntukan sebanyak RM100,000.00 setahun kepada setiap JPKKP yang boleh dimanafaatkan untuk tujuan pelaksanaa projek-projek kecil kampung selain boleh digunakan untuk program-program kemahiran untuk menjana pendapatan penduduk kampung.

Sehubungan itu, Jeffery berkata, tidak timbul isu penubuhan (JPKKP) ini boleh memecahkan perpaduan dan keharmonian rakyat di negeri ini kerana penubuhan (JPKKP) dan JKKK oleh kerajaan negeri mempunyai fungsi yang berbeza.

“Jika ada berpandangan penubuhan JPKKP di negeri ini boleh memecahkan keharmonian dan perpaduan rakyat Sabah, itu hanya pandangan sempit dan presepsi negetif yang lebih kepada kepentingan politik mereka,” katannya.

Beliau yang juga Pengarah Jabatan Pilihan Raya Umno Sabah berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Pengerusi Pengerusi Gerakan Kuasa Rakyat Malaysia (G57), Datuk Zulkarnain Mahdar baru-baru ini yang mengesa agar kerajaan Pusat menarik balik serta merta pelantikan jawatankuasa JPKKP di negeri ini yang beliau dakwa mengganggu susana harmoni di kalangan kompenan kerajaan Perpaduan di Sabah dan boleh memecah belahkan perpaduan rakyat di negeri ini.

“Siapa beliau (Zulkarnain) yang berhak mendesak kerajaan Pusat menarik balik pelantikan JPKKP di negeri ini, selain menjadi “ Tukang Jurucakap” kepada pihak pihak tertentu di negeri ini dengan tujuan untuk merosakan imej UMNO/BN di Sabah.

“Desakan ini hanya bermotifkan politik,perlantikan JPKKP walaupun tidak diiktiraf oleh kerajaan Negeri tapi ianya di iktiraf oleh kerajaan Pusat” Jelas Jeffery.

Sehubungan dengan itu Jeffery meminta semua pengerusi-pengerusi JPKKP di negeri ini yang telah pun menerima watikah pelantikan masig-masing meneruskan amanah serta khidmat mereka tanpa menghiraukan kenyataan toksid dari pemimpin NGO yang membuat kenyataan sekadar mencari makan dari pihak tertentu di negeri ini.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles