USIA hargai kerjasama NGO Islam – Sapawi Ahmad

KUALA PENYU: Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA) sentiasa menghargai kerjasama dari semua badan-badan bukan kerajaan (NGO) Islam dalam melaksanakan pelbagai program dakwah,pendidikan kebajian dan sebagainya,

Advertisements

Yang Dipertuanya Datuk Haji Sapawi Ahmad berkata persepakatan USIA dan NGO Islam dalam melaksanakan program khususnya program dakwah merupakan sesuatu uamh penting dalam membentuk semangat kerjasama dan perpaduan umat Islam di negeri ini.

“USIA sentiasa menghargai dan menghormati semua NGO Islam dan akan terus komited dengan tanggungjawab ini,’’ katanya.ketika berucap merasmikan Festival nasyid dan Selawat Peringkat USIA Bahagian Kuala Penyi di dewan Terbuka kampung Kerukan Kuala Penyu kemarin.

Hadir sama Ahli Parlimen Beaufort yang juga Ketua Wanita USIA Datuk Hajah Soti Aminah Aching,Penolong Pegawai Daerah Kuala Penyu Joumat Haji Bisnim,Ketua USIA Bahagian Kuala Penyu Ustaz Haji Musa Sintim dan Penolong Setiausaha Agung USIA Zulhaimi Asbi.

Sapawi turut memuji usaha yang dilakukan oleh USIA bahagian Kuala Penyu yang berkolborasi bersama badan Dakwah Daerah Kuala Penyu yang berusaha menganjurkan program tersebut yang merupakan satu usaha murni dalam mertabatkan lagi syiar islam khususnya di daerah tersebut.

“ Saya berharap kerjasama ini akan dapat diteruskan untuk program-program lain pada masa akan datang bagi mempastikan kegiatan dakwah dapat disemarakkan yang melibatkan penglibatan komuniti setempat” katanya.

Dalam perkembangan yang sama Sapawi juga turut mengingatkan Umat Islam agar menjadikan Al-Quran sebagai panduan utama dan sumber rujukan dalam apa sahaja aktiviti dan kehidupan Masyarakat Islam .

Katanya di dalam Al Quran telah diperturukan pelbagai ilmu, dari soal kehidupan, pendidikan perubatan dan sebagainya yang menjadi panduan kepada Masyarakat Islam.

Menurutnya, umat Islam perlu menjadikan al-Quran sebagai satu budaya untuk membentuk kehidupan serta keperibadian yang baik dan juga boleh dijadikan sebagai vaksin untuk semua jenis penyakit rohani atau fizikal.

“Al-Quran adalah mesej daripada Allah yang penuh dengan mukjizat dan keagungan yang diturunkan melalui Nabi Muhammad kepada umat manusia.

“Ia adalah kitab suci yang menyediakan panduan mengenai adab dan peraturan dalam hidup umat Islam,” katanya

Jelasnya, sejarah juga membuktikan bahawa al-Quran telah dapat menyatukan rakyat untuk menghasilkan generasi yang kuat dan bertamadun.

“ Kerana itu Al Quran bukan sahaja setakat dibaca, tapi perlu difahami isi kandongan dan diamalkan pengajaran yang terkandong di dalamnya dalam kehidupan seharian,” katanya.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles