Puteri UMNO perlu miliki anjakan paradigma perkasakan parti – Bung Moktar

KUNDASANG: Ahli Puteri UMNO digesa agar memiliki anjakan paradigma, terus aktif, berevolusi seiring dengan perubahan zaman bagi membantu memperkasakan parti.

Advertisements

Ketika membuat gesaan itu, Ketua Umno Sabah Datuk Seri Panglima Bung Moktar Radin berkata, ahli Puteri Umno perlu menyedari mereka merupakan sebahagian dari kompenan penting dalam organisasi parti Umno.

“Umno merupakan sebuah organisasi yang besar, Wanita,Pemuda dan Puteri merupakan sebahagian dari kompenan yang mendokong kekuatan tersebut. Jika salah satu daripada kompenan ini lemah,maka akan lemah sebuah organisasi,” katanya ketika menyampaikan pidato khas kepada Puteri Umno di Perkampungan Puteri Umno di Pusat Latihan Negara Kundasang dekat sini baru-baru ini.

Hadir sama di majlis tersebut Setiausaha Umno Sabah Datuk Jafry Arifin,Bendahari Umno Sabah Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak, Ketua Puteri Umno Malaysia Datuk Nurul Amal Mohd Fauzi dan Ketua Pergerakan Puteri Umno Sabah Ummi Nabilah Datuk Jamal.

Sehubungan itu, Bung yang juga Pengerusi Barisan Nasional Sabah meminta Pergerakan Puteri Umno agar menangkis tanggapan, Puteri Umno tidak mempunyai peranan penting dalam memperkasakan parti.

“Puteri Umno, bukan sekadar penyeri parti, hanya berfungsi ketika pilihanraya berlangsung sebagai pengisi data, jauh dari itu Puteri Umno mempunyai peranan serta tanggungjawab yang lebih besar, jadi buktikan anda sebagai pejuang sedia menghadapi segala cabaran demi memperkuatkan parti” katanya .

Menurut Bung Pergerakan Puteri Umno perlu berkembang melangkai sempadan parti, berkolaborasi dengan sayap sayap lain dan organisasi luar agar mereka dapat melihat sendiri kemampuan dan kelebihan Puteri Umno.

Dalam perkembangan yang sama Bung yang juga Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno meminta Puteri Umno memainkan peranan serta terlibat aktif dalam penggunaan media sosial sebagai platfrom mendekati Masyarakat khususnya golongan muda.

“ Platform media sosial boleh dijadikan sebagai sumber bukan sahaja untuk mempamirkan gerak kerja parti, namun ianya perlu dijadikan medium untuk mengangkat masalah rakyat untuk diketengahkan kepada pihak berkenaan dan mempertahankan parti Umno dari serengan provokasi dan fitnah yang melampau dari pihak lawan ” katanya.

Menurut Bung banyak isu yang dihadapi oleh rakyat di negeri ini dari masalah keperluan prasarana asas hingga ke isu kemiskinan boleh diangkat sebagai bahan kempen yang matlamatnya bukan untuk memfitnah mana-mana pihak namun adalah realiti yang perlu disampaikan kepada pihak berkenaan.

“Puteri Umno main peranan aktif dalam penggunaan media sosial tidak sekadar mempamirkan kegiatan-kegiatan parti, tapi jadikan media sosial sebagai medium mengangkat masalah rakyat biar pihak berkenaan tahu, dan rakyat tidak terus dimomokkan dengan kenyataan-kenyataan retorik yang mengeburi mata rakyat,” jelas Bung.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles