Hajiji terima kunjungan Panglima 5 Divisyen, SUP Sabah Baharu

KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor menerima kunjungan hormat daripada Panglima Lima Divisyen yang baharu, Mejar Jeneral Dato’ Haji Noorrul Azril Ariffin di pejabatnya di Menara Kinabalu pada Selasa.
Noorrul mengambil alih jawatan Panglima 5 Divisyen berkuatkuasa pada 11 September 2024 daripada Mejar Jeneral Datuk Malek Razak Sulaiman yang bertukar ke Bahagian Operasi dan Latihan Pertahanan (BOLP), Markas Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
Sebelum menyandang jawatan Panglima Lima Divisyen, Noorrul adalah Asisten Ketua Staf Operasi Latihan dan Pertahanan, Markas ATM.
Sementara itu, Hajiji turut menerima kunjungan hormat daripada Setiausaha Persekutuan (SUP) Sabah yang baharu, Dato’ Seri Haji Rosli bin Isa.
Rosli menggantikan Datuk Haji Makhzan Mahyuddin yang dilantik sebagai Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar dan Kawalan) Kementerian Dalam Negeri, berkuat kuasa pada 9 September 2024.
Rosli sebelum ini merupakan Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan mantan Ketua Setiausaha Kementerian Tenaga dan Sumber Asli.
Turut hadir ialah Timbalan SUP Sabah, Puan Mastina Ibnu Hassan.

Advertisements

Related Articles

253FansLike

Latest Articles