Cukuplah bermain politik, tumpu usaha selesai masalah rakyat Sabah, kata Jeffery Nor kepada GRS

KOTA KINABALU: UMNO Sabah menyifatkan kenyataan GRS yang tidak menolak kemungkinan bekerjasama dengan UMNO bagi menghadapi pilihan raya negeri (PRN) sebagai cubaan mengelirukan rakyat dan ahli-ahli UMNO.

Advertisements

Pengarah Jabatan Pilihan Raya UMNO Sabah Jeffery Nor Mohamed berkata kenyataan itu seolah-olah membayangkan “kami macam tiada maruah dan harga diri”..

“Cukup-cukuplah menggunakan cara politik lama, tumpukan usaha kepada usaha mengatasi masalah rakyat Sabah yang sedang mereka hadapi sekarang.

“Ya kami UMNO Sabah berikan ruang yang ada ini kepada kerajaan negeri untuk atasi masalah-masalah rakyat…jadi adalah lebih baik masa ini digunakan untuk itu daripada bermain isu politik yang tidak berfaedah,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Semalam, Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang juga Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor dipetik sebagai berkata bahawa GRS tidak menolak kemungkinan kerjasama yang berterusan dengan UMNO Sabah, termasuk dalam menghadapi PRN.

Ini kerana Hajiji berpendapat bahawa apa yang paling penting dalam politik ialah perpaduan.

Jeffery yang juga ketua UMNO Putatan menjelaskan bahawa keputusan menarik sokongan dari GRS yang lepas dibuat dalam mesyuarat kepimpinan UMNO Sabah dan bukan keputusan yang dibuat oleh dua atau tiga pemimpin parti nasional itu.

“Memang ketika itu ada seorang dua tiga tidak hadir tetapi keputusan dibuat melalui suara majoriti,” katanya.

Menurut Jeffery, UMNO Sabah mempunyai pendirian sendiri bukan yang
boleh ‘ditarik-tarik begitu sahaja’.

“Kenapa sekarang baru mahu cakap mengenai kebolehan untuk bergabung dengan UMNO Sabah sedangkan kami ditinggalkan begitu saja untuk lompat ke Bersatu fan lepas itu lompat lagi …di mana asas perjuangan ketika itu,” katanya.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles