Semangat patriotisme wajar dipupuk bermula peringkat awal persekolahan – Siti Aminah

BEAUFORT: Semangat patriotisme dan cintakan negara bukan perkara yang mampu timbul sendiri dalam diri setiap individu,ianya Ia perlu dipupuk dan disemat dalam diri seseorang sejak kecil lagi, agar jiwa mereka sebati dengan perasaan mencintai negara, kata Ahli Parlimen Beaufort Datuk Hajah Siti Aminah Aching

Advertisements

Beliau berkata perkara Itu merupajan sesuatu yang amat penting terutama dalam kalangan generasi muda dimana rasa cintakan tanah air dan patriotisme harus dipupuk dari peringkat awal alam persekolahan agar mereka tahu bahawa keamanan dan kesejahteraan negara yang mereka kecapi hari ini bukan datang secara percuma.

“Kemerdekaan negara dibayar dengan harga yang mahal melalui peluh keringat, darah serta nyawa pejuang negara terdahulu termasuk anggota pasukan keselamatan,” katanya ketika berucap merasmikan Majlis Penutaoan Bulan Kebangsaan Peringkat Sekolah Kebangsaan kampung Nukahan di Dewan Aula Jami dekat sini baru-baru ini.

Sehubungan itu, Siti Aminah yang juga Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno berkata, untuk menggilap semangat patriotik, institusi pendidikan memainkan peranan penting dalam memupuk generasi muda agar cintakan negara.

Katanya golongan pendidik boleh memainkan pernanan membantu meningkatkan kesedaran generasi muda terhadap pengorbanan pejuang terdahulu mempertahankan tanah air.

“Tidak dinafikan bahawa sekolah mampu memainkan peranan untuk menanam rasa cinta akan tanah air dalam kalangan generasi muda. Selain subjek Sejarah, aktiviti-aktiviti yang dijalankan sepanjang bulan kemerdekaan boleh mendekatkan diri dan jiwa murid sekolah dengan rasa cinta akan tanah air,” katanya

Dalam perkembangan yang sama Siti Aminah berharap keluarga, golongan pendidik serta semua pihak berkepentingan harus berusaha keras memastikan kelangsungan toleransi antara kaum dan agama yang sedia ada dapat dikekalkan.

Katanya, sebarang isu yang boleh menimbulkan kebencian antara kaum perlu dielak pada saat toleransi antara kaum kini dalam keadaan yang rapuh.

“Umum mengetahui ada pihak yang cuba menyemai semangat perkauman dan kebencian. Ini adalah perkara yang tidak wajar berlaku dalam sebuah negara yang berbilang bangsa dan agama.

“Pada ketika ini, adalah amat penting untuk kita bersama-sama berusaha keras menyemai semangat patriotisme, hormat menghormati antara kaum dan agama serta bertolak ansur di samping mewujudkan masyarakat yang cinta negara dan saling bekerjasama mengekalkan kedaulatan negara, ”tambah beliau

Hadir sama di majlis tersebut Guru Besar Sk NUkahan Norhaina Asmad, Wakil Pegawai Pendidikan Daerah Beaufort Ismail Haji Itin dan Timbalan Ketua Umno bahagian Beaufort Haji Jaludin Haji Kadir.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles