NABAWAN: Umno Bahagian Pansiangan mahu Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) yang dilantik di setiap Kampung di daerah ini menjadi pemudah cara dalam menggerakkan program-program kerajaan negeri dan kerajaan Persekutuan.
Selain itu, menjadi wakil dan suara rakyat di peringkat kampung masing-masing dalam menyalurkan sebarang maklumat mengenai isu-isu semasa dan juga isu pembangunan untuk disampaikan kepada pihak berkenaan.
Ketua Umno bahagian Pansiangan Busiau Ampirak berkata Fungsi utama JPKK adalah membuat perancangan dan pelaksanaan projek/program pembangunan di peringkat kampung selain menggerakan penglibatan komuniti setempat .
“ Selain itu JPKK merupakan perantara diperingkat akar umbi yang akan menyalurkan sebarang permasalahan atau aduan penduduk kepada pihak berkuasa dan berkaitan sesuatu isu yang timbul” katanya ketika berucap menyampaikan watikah pelantikan Pengerusi JPKK kawasan Parlimen Pensiangan yang melibatkan DUN Tulid,Sook dan Nabawan di Dewan Belia Nabawan pagi kemarin.
Sehubungan dengan itu Busiau berharap mereka yang dilantik perlu memikul amanah ini dengan penuh tanggungjawab amanah disamping efisin ketika melaksanakan tugas yang diberikan bagi mempastikan kehadiran JPKK ini dapat dirasakan fungsi serta pernananya oleh komuniti setempat.
“ Mandat yang diberikan oleh pemimpin dan kerajaan perlu diterjemahkan dalam bentuk tindakan demi memastikan kesejahteraan penduduk yang diwakili” tegas Busiau.
Busiau juga turut merakamkan penghargaan khususnya kepada Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) Datuk Seri Dr .Ahmad Zahid Hamidi kerana mengwujudkan JPKK sebagai saluran membantu rakyat khususnya di kawasan luar bandar di negeri.
“ Walaupun timbul tentangan hebat dari beberapa pihak di negeri ini tentang kewujudan JPKK ini, yang pada tanggapan negetif mereka boleh memecah belahkan perpaduan namun tanggapan mereka lebih kepada kepentingan politik sedang hasrat kerajaan pusat mengwujdukan jawatan ini adalah membantu melonjakan pembangunan demi kesejehteraan rakyat khususnya di luar bandar di negeri ini” katanya.
Bisiau menambah kewujudan JPKK di negeri ini bagi mempastikan tiada kawasan yang akan dipinggirkan dalam arus pembangunan negara kemampanan ekonomi dan kesejehteraan rakyat.
Hadir sama di majlis tersebut Pegawai Kemas Daerah Nabawan Marica@ Maria Asin