Hujan tidak menghalang Program Hidup Sihat Generasi Hebat anjuran SSK Centre KB

KOTA BELUD: Cuaca tidak menentu tidak menghalang lebih lebih 700 orang menyertai Program Hidup Sihat Generasi Hebat iaitu 10 ribu langkah dan kayuhan 30km di sini hari ini.

Program itu bermula dari SSK Centre dan merentasi beberapa jalan kampung termasu Jalan Hj Mahol – Kg Tombol – Kg Baru – Klinik Kesihatan Ibu dan Anak dan berakhir di SSK Centre, berdekatan pekan Kota Belud.

Adun Usukan Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak turut menyertai program 10 ribu langkah (berjalan kaki).

Program itu antara lain bertujuan menekankan kepentingan dan manfaat bersenam terutama daripada segi kesihatan.

Selain memberi manfaat kepada kesihatan, ia juga diharap dapat membantu mengurangkan risiko pelbagai penyakit termasuk diabetees.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles