31 pelajar cemerlang terima biasiswa di Dun Karamunting

SANDAKAN: Seramai 31 pelajar cemerlang menerima biasiswa pusingan ketiga yang disampaikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Karamunting, Datuk George Hiew Vun Zin, dalam satu majlis di pejabatnya, pada Sabtu.

Dalam ucapannya, George menggesa para pelajar agar tidak melepaskan peluang untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi, sambil menekankan bahawa pendidikan adalah kunci utama dalam mengubah masa depan seseorang.

Beliau turut berharap agar para penerima biasiswa ini kelak dapat menyumbang kepada pembangunan di kawasan Karamunting serta seluruh masyarakat Sabah.

“Bantuan biasiswa ini bukan sahaja bertujuan membantu mereka dari segi kewangan, tetapi juga sebagai satu dorongan kepada pelajar untuk terus berusaha untuk memajukan diri menerusi pendidikan. Pendidikan merupakan suatu kunci bagi seseorang itu untuk mengubah hidup mereka dan keluarga mereka,” katanya.

Beliau menggalakkan pelajar untuk menggunakan peluang ini dengan sebaik-baiknya dalam meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan pengalaman, seterusnya menjadi individu yang mampu untuk berbakti kepada keluarga dan negara.

George berkata beliau berharap agar penerima-penerima bantuan ini akan mencapai kejayaan cemerlang dalam pelajaran dan berharap mereka akan dapat kembali untuk bekerja di dalam negeri Sabah dan meningkatkan taraf kehidupan keluarga masing-masing apabila mereka menamatkan pelajaran.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles