Oleh Jaafar Abd Wahid
KINABATANGAN: Rakyat di negeri ini dinasihatkan agar tidak merosakkan perpaduan hanya kerana berbeza pandangan, ideologi, dan fahaman politik.
Ahli Parlimen Kinabatangan Datuk Seri Panglima Bung Moktar Radin berkata, dalam hubungan ini seharunyanya pemimpin politik menjadi teladan dalam memupuk nilai perpaduan, muhibah dan semangat kebersamaan.
Sehubungan itu Bung yang juga Ketua Umno Sabah berkata, semua masyarakat termasuk pemimpin politik perlu mengelak daripada mengeluarkan sebarang kenyataan yang menyentuh sensitiviti agama bangsa dan kaum sehingga menimbulkan kebencian.
“Apa yang mengecewakan akhir-akhir ini timbul kembali suara-suara sumbang dari beberapa invididu pemimpin politik di negeri ini samaada secara terbuka atau di muat naik di media sosial meniupkan api kebencian dengan membawa pelbagai sentimen antaranya “Anti Parti Malaya” dan menghalang parti yang berpengkalan di Semenanjung Malaysian untuk bertanding dalam PRU atau PRN di Sabah yang boleh mencetuskan semangat kebencian dan menjejaskan tahap perpaduan di kalangan rakyat di negeri ini,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas merasmikan program Sambutan Bulan Kemerdekaan dan Hari Malaysia TABIKA/TASKA Kemas bagi kawasan Parlimen Kinabatangan di Dewan Masyarakat Seri Lamag pada Jumaat.
Menurut Bung sebagai seorang pemimpin yang ingin bersama-sama membina negara bangsa ini ,sepatutnya mereka menjadi ejen perpaduan negara dalam menyebarkan mesej-mesej kebersamaan.
“Kita sebuah negara demokrasi, maka tidak timbul isu tempatan atau parti Semenanjung. Maka seharusnya tidak ada kenyataan dikeluarkan yang menyinggung perasaan walaupun parti itu berhajat semula untuk mentadbir negeri ini,” katanya.
Malah menurut Bung bukan sahaja UMNO malah ada parti-parti lain berpengkalan di Semenanjung telah bertapak di Sabah malah menjadi sebahagian dari kerajaan hari ini yang dipimpin oleh anak Sabah sendiri menangis dakwaan parti Semenanjung bertanding di negeri ini merampas hak rakyat Sabah.
“Negara ini dibina atas dasar kebersamaan melalui kontrak sosial yang telah membawa kemerdekaan.Dalam menyatupadukan rakyat negara ini yang terdiri daripada pelbagai kaum, agama, etnik dan budaya, pemimpin terdahulu mendukung wadah integrasi nasional berbanding asimilasi” katanya.
Bung menambah Kemerdekaan negara kini sudah sudah mencapai 67 tahun merdeka, rakyat masih mengekalkan nilai perpaduan dalam kepelbagaian sebagai resam hidup seharian.
Beliau turut menasihatkan semua lapisan masyarakat supaya mempelajari, memahami dan mengambil teladan daripada peristiwa sejarah hitam 16 Mei 1969 yang dilalui Malaysia supaya perpaduan serta keharmonian antara kaum yang dikecapi ketika ini dapat terus dinikmati.
Mengenai program tersebut Bung yang juga Ketua UMNO Bahagian Kinabatangan memuji usaha yang dilakukan oleh KEMAS yang menganjurkan program tersebut sebagai satu usaha murni untuk membentuk semangat patriotik dikalangan kanak-kanak disamping dapat mempupuk semangat harmoni dan perpaduan sebagai amalan murni untuk mereka sebagai pemimpin akan datang meneruskan kemajuan,keamanan dan kemakmuran negara.