Hayati erti sebenar kemerdekaan subur kembali semangat patriotisme – Azuwan

KOTA BELUD: Rakyat di negeri ini diingatkan agar menghayati erti sebenar kemerdekaan demi menyuburkan kembali semangat patriotisme serta menyemai rasa cinta dan sayang dalam jiwa semua bangsa.

Ketua Umno Bahagian Kota Belud Azuwan Marjan Norjan berkata, semangat ini perlu dizahirkan dalam bentuk perpaduan dan keharmonian yang kukuh demi mengekalkan kemakmuran dan kesejahteraan masyarakat di negara ini.

“Apabila rakyat dapat menghayati erti sebenar hidup dalam suasana merdeka dan bersatu padu, maka tidak akan ada lagi mana-mana pihak atau kaum tergamak menyebarkan kebencian dan fitnah yang boleh mengganggu-gugat keamanan dan keharmonian yang sudah terjalin erat selama ini ” katanya ketika berucap merasmikan sambutan Hari Kemerdekaan anjuran Kawasan Rukun Tetangga (KRT) di dewan Masyarakat kampung Pirasan malam tadi.

Hadir sama Pengerusi KRT kampung Pirasan yang juga Pengerusi Penganjur Haji Duyuk Haji Tahir

Azuwan turut melahirkan kembimbangannya muthakir ini ,sudah ada unsur unsur menanamkan kebencian yang dimainkan beberapa pemimpin politik di negeri ini yang cuba meniupkan sentimen “ Anti parti Malaya” yang akan membawa kesan negetif terhadap pembinaan satu negara yang harmoni dan bersatu padu.

“Saya berharap rakyat di negeri ini tidak akan terpengaruh dengan sentimen ini, kerana ianya akan membawa kesan kepada perpecahan yang akhirnya membantutkan usaha kerajaan membangunkan negeri ini” katanya.

Dalam pada itu Azuwan yang juga Pengerusi Penyelaras BN Parlimen Kota Belud berharap agar kerajaan berusaha menlaksanakan aspirasi ekonomi rakyat di negeri ini dengan melaksanakan semua perancangan pembangunan terutamanya dalam penyediaan prasarana asas sistem perhubungan jalanraya ,bekalan air bersih ,elektrik dan peningkatan ekonomi dengan cepat dan tepat.

Katanya,memaknai erti kemerdekaan perlu dilihat dari pelbagai perspektif minda, budaya, Bahasa ekonom,politik keselamatan yang memerlukan kefahaman kirtikal serta tindakan yang cepat dan tepat dari pihak kerajaan.

“ Kemerdekaan akan lebih bermakna bila kita dapat menyediakan kemudahan asas yang lebih selesa kepada rakyat dan turut mempertingkatkan taraf siso ekonomi mereka dimana ini merupakan eleman penting untuk membebaskan mereka dari belanggu kemiskinan,” katanya.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles