Pemimpin, ahli UMNO diajak sahut cabaran presiden untuk kembali mendominan UMNO di Sabah

Oleh Abd Jaafar Wahid

Advertisements

KUALA LUMPUR: Pemimpin serta ahli Umno di Sabah perlu menyahut cabaran Presiden Umno Datuk Seri Dr.Ahmad Zahid Hamidi yang menegaskan Umno Sabah akan kembali Dominan selepas Pilihanraya Negeri (PRN) Ke-17 akan datang.

Ketua Umno Sabah Datuk Seri Panglima Bung Moktar Radin berkata, harapan Presiden parti itu perlu disahut dengan semangat ,pendekatan serta gerak kerja yang lebih mantap dan konsisten.

“Semangat tanpa usaha sudah tentu harapan untuk kembali dominan tidak mampu direalisasikan ,oleh itu pemimpim dan ahli Umno di Sabah perlu menyahut cabaran tersebut dengan satu semangat dan budaya kerja berpasukan bagi mempastikan kejayaan dapat dicapai” katanya ketika mengulas ucapan dasar Presiden Umno Ahmad Zahid di perhimpunan Agung Umno 2024 di dewan Merdeka WTC hari ini.

Menurut Bung yang juga Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno pada PRN dan PRU akan datang Umno akan merampas kembali kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang sebelum ini dimenangi oleh Umno tapi ditinggalkan oleh Adun dan Ahli Parlimen dengan menyertai parti lain kerana mengajar kedudukan peribadi.

“Umno pernah dominan malah menjadi penyumbang terbesar kepada pembentukan kerajaan negeri selepas PRN-16 ,namun jasa serta sumbangan besar Umno.tidak dihargai walau menjadi sebahagian dari kerajaan negeri yang hanya umpama ” Seperti melukut di tapi gantang”

“Lebih memeritkan lagi ada pemimpin Umno Sabah mengamalkan budaya adu domba sehingga menyebabkan Umno disinggirkan dari kerajaan negeri yang dikaitkan dengan langkah ‘Kinabalu” yang sehingga kini gagal dibuktikan kerana tidak ada akuan bersumpah (SD) yang diserahkan kepada Tuan Yang Dipertua Negeri,” katanya.

Bung yang juga Pengerusi BN Sabah menambah keutamaan Umno ketika ini adalah menyusun jentera serta memperkukuh penyatuan dalam kalangan ahli di semua peringkat termasuk akar umbi supaya kekuatan UMNO berjaya dibina semula.

Sehubungan dengan itu Bung mengesa pemimpin dan ahli Umno di negeri ini ,agar mencipta sentimen, naratif dan aura positif untuk mendekati hati rakyat serta meraih sokongan mereka.

Bung berkata, pemimpin UMNO juga perlu menjadi peneraju dalam pemikiran rakyat bagi mengekang fitnah yang dilemparkan oleh pihak tertentu terhadap parti keramat itu dengan menguasai penggunaan media sosial.

Beliau berkata, pendekatan itu adalah acuan penting yang perlu dilaksana bagi memastikan kelangsungan parti sekali gus kekal menjadi pilihan diera ini, persepsi lebih dipercayai daripada realiti.

Menururt Bung Umno mesti sesuaikan diri dalam persekitaran politik. Umno perlu mengekang fitnah yang cukup dahsyat di media sosial dan Umno perlu mengubah mod daripada defensif kepada ofensif.

“Kita harus cipta sentimen, naratif dan aura positif untuk kita dekati hati rakyat. Saya mahu lebih ramai pemimpin UMNO bermula dari peringkat bahagian cawangan dan sayap sayap Umno mula meneroka pendekatan baharu dan tidak lagi berada di tampuk lama,” katanya.

Walaupun begitu Bung turut mengingatkan agar keadah tradisi bertemu rakyat secara berkesemuka perlu diteruskan bagi mempastikan ikatan lebih mesra dan arkab antara pemimpin parti terjalin erat.

” Selain pendekatan menggunakan kaedah baru media sosial namun pendekatan tradisi perlu dikekalkan ,penggunaan media baru seperti, facebook tit tok dan sebagainya dimanaafatkan bukan sahaja untuk menyebar luas kan program parti dan pemimpin tapi perlu digunakan untuk mengangkat isu rakyat selain dijadikan medium untuk mempertahankan provokasi fintah yang dibuat parti lawan bagi mengekang presepsi negetif rakyat kepada parti jika ianya dibiarkan begitu sahaja”

Dalam perkembangan yang sama Bung mengingatkan pemimpin dan ahli parti jangan meninggalkan saf UMNO bila diuji.

“Yang penting jangan ada khianat bila diuji oleh lawan, jangan ada rambang mata kerana ditawar jawatan, jangan lari daripada perjuangan. UMNO tetap menjadi wadah perjuangan kita pada hari ini. Kita mesti mempunyai jati diri perjuangan,” Jelas Bung.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles