Komitmen presiden UMNO beri tumpuan bantu parti hadapi PRN Sabah amat dihargai – Awang Aslee

KUALA LUMPUR : Seperti pepatah ” Kecil Tapak Tangan Nyiru kami tadahkan” itulah ungkapan yang mampu diucapkan oleh Umno Sabah atas kesungguhan ,Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memberikan tumpuan bagi membantu Umno Sabah untuk berhadapan Pilihan Raya Negeri (PRN) Ke-17 akan datang.

Advertisements

Ketua Umno Bahagian Beauforf Datuk Awang Aslee Lakat berkata kenyataan Ahmad Zahid semasa menyampaikan amanat di Majlis Taklimat Presiden bersama perwakalian Umno di dewan Merdeka PWTC semalam yang mengarahkan agar Umno dari bahagian-bahagian di seluruh Semenanjung Malaysia membantu Umno Sabah menghadapi PRN merupakan nadi semangat untuk Umno Sabah meneruskan perjuangan bagi mempastikan kemenangan pada PRN kali ini.

“Sikap cakna Presiden merupakan pendorong semangat bagi kami (Umno Sabah) untuk terus berjuang. Sesungguhnya kami amat menghargainya yang melambangkan rasa tanggungjawab beliau (Ahmad Zahid) sebagai presiden kepada Umno khususnya Sabah,” katanya ketika ditemui selepas menghadiri taklimat Presiden di dewan Merdeka PWTC Kemarin.

Ahmad Zahid semasa majlis taklimat Presiden berkata selepas PRK Nenggiri di Kelantan dan PRK DUN Mahkota di Johor tumpuan akan beralih ke Sabah bagi membantu Umno Sabah menghadapi PRK.

“Selepas dua PRK ini fokas kita ke Sabah dimana Umno akan berhadapan dengan PRN, kita perlu bantu kerana pemimpin pemimpin Umno Sabah juga telah membantu kita menghadapi beberapa siri PRN dan PRK yang diadakan di Semenanjung,” katanya.

Awang Aslee yang juga Pengerusi BN Parlimen Beauforf berkata, saranan Presiden Umno itu merupakan satu penerapan budaya kerja berpasukan yang menjadi kekuatan Umno untuk berhadapan dengan cabaran dan ianya merupakan tonggak utama kejayaan parti.

“Umno Sabah akan terus berkerja keras dengan menjadikan kemenangan BN dalam PRK Nenggiri baru-baru ini sebagai obor semangat perjuangan,” katanya.

Menurut Awang Aslee tanpa memikirkan parti mana yang menjadi gabungan Umno berhadapan dengan PRN kali ini ianya tidak akan menggangu fokas utama Umno Sabah untuk terus bekerja mendekati rakyat.

“Soal kerjasama dengan parti gabungan mana yang akan berkerja sama dengan Umno ,kita serahkan kepada pucuk pimpinan parti yang penting kita terus fokas untuk memperkukukan parti, mendekati rakyat dan mengatur gerak kerja serta strategi parti untuk mencapai kemenangan,” katanya.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles