MEMBAKUT: Pemimpin serta ahli-ahli Umno di kawasan Parlimen Kimanis diminta agar menjadikan semangat kebangkitan semasa menghadapi pilihanraya kecil ( PRK) Kimanis Junari 2020 sebagai satu anjakan paradigma untuk mencapai kemenangan pada Pilihanraya Negeri (PRN) Ke-17 akan datang.
Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno Datuk Mohd Rafi Ali Hassan berkata, semangat serta kebangkitan ahli-ahli Umno semasa PRK tersebut sememangnya luar biasa setelah BN/UMNO tewas dalam PRU-14 dan keadaan lebih malang dengan tindakan beberapa pemimpin Umno dinegeri ini keluar meninggalkan Umno dan menyertai parti Bersatu.
“Tidak ada sesiapa menduga Umno di Sabah akan bangkit semula, malah sudah terdengar suara-suara sumbang Umno akan terkubur di Sabah apa lagi ketika itu Umno sebagai pembangkang melawan parti kerajaan dan di atas kertas sudah diramalkan sukar untuk mencapai kemenangan,” katanya ketika berucap memberikan ceramah pada program Jelajah Penerangan Umno Malaysia bagi kawasan Parlimen Kimanis di dewan SMK Membakut pada ahad lepas.
Bagaimana pun menurut Mohd Rafi yang juga Ketua Umno bahagian Labuan, Umno Sabah yang diketuai Oleh Datuk Seri Panglima Bung sebagai Ketua Umno Sabah dengan bantuan beberapa pemimpin Umno dari Pusat yang didokong dengan semangat perjuangan yang kental di kalangan pemimpin dan ahli Umno di bahagian itu akhirnya Umno/BN dapat mencipta kejayaan yang diluar jangkaan.
“Kemenangan ini boleh dicapai ,kerana adanya semangat perpaduan bekerja dalam satu pasukan selain strategi yang tepat untuk mencapai kemenangan “ katanya
Sehubungan itu, Mohd Rafi berharap roh serta semangat perjuangan semasa menghadapi PRK Kimanis perlu dibangkitkan semula dengan penambahbaikan beberapa pendekatan serta strategi yang efisin dan tepat selari dengan perkembangan semasa ini termasuklah memberikan penjelasan yang tepat terhadap isu-isu semasa disamping maklumat yang tepat berhubung dengan dasar serta perjuangan parti .
“Tanggungjawab kita sebagai Ketua Penerangan di semua peringkat bahagian,Wanita,pemuda puteri dan cawangan-cawangan ialah memmberikan penjelasan terhadap isu isu semasa dengan tidak membiarkan segala proganda, fitnah dan provokasi yang ditularkan oleh pihak lawan sehingga boleh menimbulkan presepi negetif kepada parti,” katanya.
Program tersebut telah dirasmikan oleh Ketua Umno bahagian Kimanis Mohamad Alamin dan turut dihadiri oleh barisan kepimpinan Umno bahagian, Wanita, Pemuda dan Puteri.