UMNO akan kukuh jika slogan ‘Bersatu Bersetia Berkhidmat’ dihayati dan diamalkan – Bung

SANDAKAN: Slogan UMNO Bersatu, Bersetia dan Berkhidmat sebenarnya adalah teras perjuangan UMNO yang perlu dihayati dan diamalkan oleh setiap anggota parti.

Advertisements

Ketua Umno bahagian Kinabatangan Datuk Seri Panglima Bung Moktar Radin jika slogan ini dihayati dan menjadi amalan ahli parti kekuatan parti tidak akan mampu diganggu gugat .

Menurut beliau perjuangan dalam parti Umno memerlukan pengorbanan keihlasan dan satu ikatan, namun menurut beliau dalam sebuah organisasi yang besar seperti Umno tidak semua ahli dapat menghayati dan mengamalkanya.

‘ Kita menyanyikan lagu Umno bersatu kita bersatu, bersama kita bersama, namun ada ketikanya kita tidak bersatu tidak bersama ,kerja kita lain-lain malah ada pula mengerjakan sesama sendiri, Umno sepatutnya kuat namun bila berlaku begini Umno akan kalah dari dalam,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap di mesyuarat perwakilan Umno bahagian Kinabatangan di Dewan SMJK Chung Hua dekat sini pada Ahad lepas.

Mesyuarat perwakilan tersebut dirasmikan oleh Naib Presiden Umno Datuk Seri Johari Abdul Ghani dan turut dihadiri oleh wakil Umno Sabah Datuk Suhaimi Haji Nasir.

Menurut Bung yang juga Ketua Umno Sabah jika para pemimpin dan ahli-ahli parti bersatu dan bersetia dalam memperjuangkan objektif dan matlamat parti selain berkhidmat dengan penuh dedikasi Umno tidak mampu digangu gugat oleh parti-parti lain.

“ Malangnya budaya adu domba,fitnah ,gunting dalam lipatan masih menjadi amalan sebilangan pemimpin dan ahli parti menjadikan parti kita lemah sehingga Umno Sabah menjadi pembangkang terus dihina dan di cerca” katanya.

Hal ini juga terjadi sepertimana yang telah dilakukan oleh beberapa pemimpin UMNO di negeri ini yang telah dicalonkan oleh parti dan memenangi pilihan raya tetapi kini telah tidak setia dan meninggalkan UMNO begitu sahaja kerana lebih mengutamakan kepentingan peribadi daripada kepentingan parti

“Lebih merungsingkan dan amat menyakitkan hati, melihat sikap sebilangan pemimpin-pemimpin UMNO yang bersama hanya ketika parti dalam keadaan gemilang tetapi menanggalkan slogan Bersatu sewaktu parti hampir lumpuh selepas PRU ke-14 .

Jelasnya lagi, pemimpin berkenaan walaupun sedar dan memahami betapa pentingnya semangat berpasukan dan berdisiplin dalam parti serta memahami prinsip tanggungjawab bersama dalam keputusan bersama, namun telah memilih untuk bersikap seperti “ bisu’ dan mempamerkan sikap memperlekehkan kewibawaan saf kepimpinan UMNO.

“ Alhamdulillah ketika ada usaha pihak tertentu mahu mentalkinkan Umno di Sabah dan ditakdirkan saya diberikan amanah oleh Presiden Umno mengetuai Umno Sabah, bersama rakan-rakan yang masih setia dan memiliki prinsip perjuangan kita terus berusaha memulihkan imej Umno sehingga kini masih mampu bertahan dan memberikan sumbangan terbesar dalam pembentukan kerajaan selepas PRN Ke-16 walaupun sumbangan tersebut telah dinafikan” katanya.

Sehubungan dengan itu Bung yang juga Pengerusi BN Sabah mengajak ahli-ahli Umno agar menjadikan slogan Bersatu Bersetia dan Berkhidmat sebagai satu tuntutan yang perlu menjadi amalan pemimpin dan ahli Umno di negeri ini bagi mempastikan kekuatan Umno terus kukuh untuk mencapai kemenangan dalam PRN Ke 17 akan datang.

“ Kita perlu bangkit bersama membetulkan keadaan ,hari ini kita melihat kegagalan kerajaan yang sediaada mentadbir dan menunaikan tanggungjawabnya kepada rakyat Sabah dalam pelbagai aspek terutamanya dari keperluan prasarana pembangunan asas dan kemiskinan” katanya

Menyentuh mengenai status UMNO kini sebagai pembangkang di negeri ini walaupun perit untuk dihadapi tetapi menurut Bung ia sebenarnya satu hikmah, menjadi landasan terbaik bagi pucuk pimpinan parti untuk mengkaji dan merancang semula objektif perjuangan sama ada yang tersurat mahupun tersirat selari dengan tuntutan politik semasa.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles