Pemuda UMNO Beaufort lulus usul tubuh Tabung Pendidikan dan Keusahawanan

Oleh Abd Jaafar Wahid

Advertisements

KUALA PENYU: Pergerakan Pemuda UMNO bahagian Beaufort dalam mesyuarat perwakilannya minggu lepas di Dewan Ambuyat Syahbandar Makang dekat sini telah meluluskan usul untuk menubuhkan tabung Pendidikan dan Keushawanan bagi kawasan Parlimen Beaufort.

Ketuanya Ak. Mohd Yazri Ak.Mohd Yahya berkata tujuan penubuhan tabung tersebut adalah untuk memperkasakan mutu dan pencapaian pendidikan pelajar di kawasan Parlimen Beaufort sementara penubuhan tabung keusahawanan pula bermatlamat membantu golongan belia dalam bidang keusahawan

“Tabung Pendidikan diwujudkan bagi membantu para pelajar yang memerlukan bantuan, contohnya (pelajar) yang menghadapi musibah atau tragedi secara sekali beri atau yang mahu melanjutkan pelajaran tetapi bermasalah untuk membayar wang pendahuluan,” katanya ketika di temui selepas mesyuarat perwakilan tersebut.

Sementara itu, bagi tabung keusahawanan pula menurut Ak.Mohd Yazri ditubukan bagi membantu para belia yang ingin menceburi bidang keusahawanan antara dalam bidang perniagaan ,pertanian dan sebagainya.

“Satu jawatankuasa khas akan dibentuk bagi merancang serta melaksanakan dua tabung ini terutamanya untuk mendapatkan dana untuk mengisi kedua-dua tabung ini,” katanya.

Menurut beliau tabung ini tidak sekadar membantu dari segi sumber kewangan tapi turut memberikan penekanan kepada pendekatan lain seperti dalam bidang pendidikan menganjurkan klas klas tambahan ceramah mitovasi ,anugreh dan sebagainya.

“Dalam bidang keusahawanan pula kita (Pemuda Umno) akan berkolbarasi dengan jabatan atau agensi kerajaan berkaitan untuk mengadakan kursus-kursus kemahiran dan mendedahkan peluang serta dana yang disediakan oleh kerajaan untuk golongan belia menceburi bidang keusahawanan,” katanya.

Usul lain yang dipersetujui semasa mesyuarat perwakilan tersebut ialah usulpembebasan dan keadilan terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak

“Sampai hari ini, Bossku tidak mendapat keampunan penuh, walaupun telah diberikan (Titah Adendum), namun ditolak (mahkamah) termasuk tahanan di rumah juga tidak diberikan” katanya

Sehubungan itu Tambah Ak Mohd Yazri Pergerakan Pemuda Umno bahagian sahaja di bahagaian itu perlu bersoladariti bagi memastikan pembebasan Najjib dapat dilaksanakan.

Menurut belia , isu pembebasan Najib amat dekat di hati rakyat negara ini dan ia perlu diperjuangkan dengan bersungguh-sungguh.

“Kalau saya ambil contoh PKR (Parti Keadilan Rakyat) boleh memperjuangkan kebebasan Datuk Seri Anwar Ibrahim, maka UMNO juga boleh perjuangkan keadilan untuk Bossku.

“Saya berharap usul ini menjadi satu gelombang menyatukan UMNO dan penyokong supaya kita boleh bergerak ke arah PRU akan datang,” tambah beliau.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles