Ketua-ketua penerangan peringkat bahagian, jelaskan kejayaan inisiatif kerajaan yang dicapai kepada rakyat – Hajiji

KOTA KINABALU: Ketua-ketua penerangan Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) di peringkat bahagian diminta menjelaskan semua kejayaan inisiatif kerajaan hari ini yang telah dicapai kepada rakyat di negeri ini.

Advertisements

Perkara itu merupakan antara isu yang ditekankan oleh Presiden Gagasan Rakyat Datuk Seri Hajiji Noor ketika merasmikan Program Penerangan Isu-Isu Semasa anjuran Biro Penerangan Gagasan Rakyat di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) di sini, semalam.

Hajiji yang juga Ketua Menteri Sabah berkata, program itu antara lain bertujuan memperkemaskan jentera parti.

“Program ini adalah khusus untuk semua ketua-ketua parti di peringkat bahagian, tujuannya untuk memperkemas jentera parti kerana tempoh kita tidak lama lagi, tempoh kerajaan yang ada pada hari ini hingga bulan Oktober tahun depan.

“Jadi ini perkara biasa kita panggil kursus untuk memastikan semua jentera kita lebih teratur untuk menghadapi pilihan raya yang akan diadakan tidak lama lagi,” katanya ketika ditemui pemberita.

Mengulas lanjut mengenai program berkenaan, Hajiji berkata tiada isu lain cuma soal memberi penerangan mengenai inisiatif-inisiatif yang telah dicapai oleh kerajaan negeri sedia ada.

“Program ini soal penerangan, kita minta kepada mereka (ketua-ketua penerangan) untuk menjelaskan kepada rakyat insiatif-inisiatif yang telah dicapai oleh kerajaan yang ada pada hari ini kerana banyak inisiatif ,kejayaan kita belum dapat disampaikan kepada peringkat bawah, ada yang tidak mengetahuipun, jadi inilah tanggungjawab mereka.

“Mereka mesti menjelaskan kepada rakyat pencapaian kerajaan apa yang sudah dibuat, apa yang sudah dibantu kepada rakyat, kepada orang miskin dan sebagainya, bagaimana nilai pelaburan yang masuk sejak kita memerintah serta peluang-peluang pekerjaan yang beribu-ribu sudah rakyat kita dapat dan sebagainya, ini penting,” tegasnya.

Selain itu beliau turut meminta agar ketua-ketua penerangan parti dapat menangkis segala fitnah yang dilemparkan kepada kerajaan hari ini.

“Mereka juga perlu menangkis fitnah-fitnah dan pembohongan-pembohongan yang tersebar di media sosial, itu perlu juga ditangani, kalau tidak nanti rakyat percaya sedangkan ia tidak betul, jadi itu tugas ketua penerangan di semua peringkat,” katanya.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles