Ben’s Studio lebarkan sayap tubuh syarikat pengurusan Jazela Entertainment

KOTA KINABALU: Syarikat rakaman milik komposer terkenal Sabah, Benn’s Studio kini melebarkan sayap dengan membuka sebuah lagi syarikat pengurusan di bawahnya, Jozela Entertainment.

Advertisements

Pengarah Urusannya, Benn Simon Bukag, berkata, Jozela akan bekerjasama dengan sebuah lagi syarikat penerbitan berpangkalan di Selangor, Ava music Production.

Katanya, Jozela Entertainment akan lebih fokus kepada perkara berkaitan pengurusan artis, manakala Benn’s Studio pula akan meneruskan peranan sebagai Studio Rakaman.

“Ini merupakan langkah pertama saya untuk mengangkat lebih ramai bakat dari Sabah terutamanya mereka yang kurang dipandang atau tidak mendapat perhatian dari syarikat rakaman tempatan,” katanya.

Tambahnya, dengan adanya Jozela Entertainment, maka kini Benn’s Studio tidak lagi terikat dengan kerja-kerja pengambilan talent, atau pengurusan artis, tetapi lebih menumpukan sepenuhnya kerja-kerja di studio.

Menurut Benn, selain artis Sabah, bakat dari Sarawak juga akan diambil memandangkan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Ava Music Production sendiri berasal dari Bumi Kenyalang.

Bercakap mengenai Ava Music Production pula, katanya, beliau bersama syarikat penerbitan itu mensasarkan pasaran hingga ke luar negara, terutamanya Indonesia.

“Memandangkan kita juga mempunyai ramai bakat yang berbakat menyanyi dan mencipta lagu Melayu dan Inggeris, kita optimis dan berpandangan jauh,” katanya.

Lebih menarik, tidak lama lagi Benn’s Studio bakal berubah wajah dengan membawa masuk pelbagai peralatan studio baharu sebagai usaha menaik taraf kualiti muzik dan produknya, selain demi keselesaan artis-artis di bawahnya kelak.

Tidak cukup dengan itu, lebih hebat lagi, selain Ava Music Production, Benn’s Studio juga akan bekerjasama dengan sebuah lagi syarikat gergasi di Kuala Lumpur, iaitu Rusa Music, yang telah banyak melahirkan artis ternama Malaysia.

“Kita akan buat yang terbaik demi memartabatkan muzik dan artis tempatan Sabah, kerana saya percaya artis dan muzik kita juga mampu bersaing sehingga ke peringkat lebih tinggi, malah sudah banyak bukti yang kita lihat,” ujar pencipta lagu dan lirik “Momuhobo” itu.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles