MAIWP Labuan hulur bantuan  kepada dua asnaf  pesakit kronik

LABUAN: Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) Labuan menghulurkan bantuan perubatan kesihatan kepada dua golongan asnaf yang menghidap sakit kronik.

Advertisements

Bantuan yang keseluruhannya bernilai lebih RM26,000.00 itu disampaikan oleh Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP, Datuk Mohd Nizam Yahya pada Majlis Sesi Ziarah dan Penyampaian Bantuan   yang diadakan masing masing di rumah asnaf berkenaan.

Penerima pertama sesi ziarah itu ialah Abdul Hamid Jinin, 61, dari Kampung Bukit Kalam menerima bantuan peralatan Kesihatan dan bantuan kewangan bulanan dengan Jumlah keseluruhan RM14,340.00 setahun.

Manakala penerima kedua ialah Suriani Nazar, 46, juga turut menerima bantuan peralatan kesihatan dan bantuan kewangan bulanan berjumlah keseluruhan RM12,125.00 setahun.

Selain menerima peralatan kesihatan dan wang tunai, kedua dua asnaf ini juga menerima bakul makanan.

Hadir Sama pada majlis tersebut, Pengurus MAIWP Labuan, Ustaz Md Fadzil Md Saad dan Pengurus Bahagian Pembangunan dan Pelaburan Hartanah MAIWP, Ir. Abdul Karim Mohamed.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles