Jeffrey Nor nafi dakwaan Zulkarnain UMNO Sabah berpecah dua

KOTA KINABALU: Pengarah Jabatan Pilihan Raya UMNO Sabah Jeffrey Nor menegaskan bahwwa tiada perpecahan dalam kalangan pemimpin UMNO negeri seperti yang diwar-warkan oleh sesetengah pihak.

Advertisements

Beliau yang juga Ketua UMNO Putatan berkata pimpinan UMNO Sabah sekarang memberikan hak kepada mana-mana pemimpin bersuara selaras dengan prinsip demokrasi.

“Tidak seperti pimpinan UMNO Sabah yang lama yang seolah-olah tidak memberi hak mana-mana pemimpin bersuara, pimpinan UMNO Sabah sekarang lebih terbuka dan meraikan perbezaan pendapat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jeffrey berkata demikian ketika mengulas kenyataan Pengerusi Gerakan Kuasa Malaysia (G57), Datuk Zulkarnain Mahdar yang membayangkan wujud perpecahan dalam UMNO Sabah.

Jeffrey turut mempersoalkan hak zulkarnain masuk campur dalam urusan dalaman UMNO Sabah.

“Beliau (Zulkarnain) sendiri akui beliau pernah menjadi seorang ahli akar umbi UMNO sejak sekian lama”.

“Jelas disini bahawa beliau sudah berhijrah keluar. Maka nasihat saya, fokus kepada urusan parti kamu sendiri dan janganlah mahu beri komentari berkenaan dengan UMNO Sabah. Pandangan anda tidak relevan buat kami,” katanya.

Jeffrey berkata adalah lebih baik bagi Zulkarnain menunggu pilihan raya negeri ke-17 yang akan datang dan menyarankan agar kerajaan negeri sedia ada fokus dahulu kepada usaha memperbaiki perkara-perkara asas terutama menangani masalah air, elektrik dan jalan raya.

Menurutnya, beliau juga tidak faham dengan mentaliti kelompok sesetengah pihak yang menuduh UMNO Sabah sebagai parti Malaya.

“Mereka ini sekejap tuduh UMNO Sabah parti Malaya, tetapi kamu kutuk apabila keputusan dibuat berdasarkan autonomi dengan alasan keputusan tersebut belum dibuat oleh ahli MKT dan Presiden.

“Sekejap kamu kata kami parti Malaya, sekejap lagi kamu marah kami tidak ikut telunjuk pihak Malaya.

“Apa lagi mereka mahu sebenarnya?, apa yang saya boleh nyatakan UMNO Sabah punya kuasa autonomi mengenai banyak hal dan yang utamanya mengenai keahlian dn pendirian hala tuju UMNO Sabah,” katanya.

Jeffrey berkata memang tidak dinafikan ramai pemimpin dan ahli yang meninggalkan UMNO.

“Tetapi itu bukan disebabkan oleh YB Datuk Seri Bung Moktar Radin. Kita semua tahu tujuan sebenar ialah kerana mereka mahu mengejar jawatan, habuan, dan pegangan dalam institusi kerajaan.

“Bagaimana mahu berbuat demikian sekiranya UMNO Sabah ini dianggap pembangkang? Lagipun, kita semua tahu mereka ini melompat ke mana. Hakikat tidak boleh dinafikan,” katanya.

Sehubungan itu, Jeffrey menasihatkan Zulkarnain untuk berdiam apabila bercakap berkaitan UMNO Sabah.

“Jangan tunjuk kepada semua kecetekkan ilmu politik kamu untuk diserang pihak lawan dan yang penting waktu ini rakyat sedang menghadapi bencana banjir, jadi saya mengalu-alukan Datuk Zulkarnain untuk sama-sama turun padang menghulurkan bantuan kepada mangsa-mangsa banjir….jadi kita kurangkan cakap politik buat masa ini,” katanya.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles