Dr Yusof tiada hak bicara soal prinsip kerana beliau sendiri ‘kaki lompat’ parti – Jeffrey Nor

KOTA KINABALU: ADUN Sindumin Dr Yusof Yacob disaran cermin diri sebelum berbicara mengenai dasar dan prinsip termasuk isu penubuhan Jawatankuasa Kemajuan Desa Madani (JKDM) di Sabah.

Advertisements

Ketika membuat gesaan itu, Pengarah Jabatan Pilihan Raya UMNO Sabah Jeffrey Noor berkata Dr Yusof seharusnya menyelidik dan membaca dengan teliti skop perjawatan JKDM sebenarnya.

“Beliau perlu ⁠nyatakan mana satu ianya bukan dasar kerajaan persekutuan yang berniat untuk memajukan rakyat di kampung-kampung dan di desa-desa,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sebelum ini, Dr Yusof menyatakan sokongan terhadap bantahan beberapa pemimpin negeri terhadap pelaksanaan JKDM di negeri ini.

Jeffrey berpendapat adalah lebih baik Adun Sindumin itu menumpukan usaha ke arah memperkasakan penjawatan JKKK negeri daripada sering menidakkan kemajuan untuk rakyat Sabah.

“Saya sedih melihat kepimpinan kita yang kuat melompat tetapi bercerita tentang soal prinsip, yang mana tidak suka merasa susah bila kalah,” katanya.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles