CIS serah zakat perniagaan RM100,000

KOTA KINABALU: Syarikat Cement Industries (Sabah) Sdn. Bhd. (CIS) menyerahkan zakat perniagaan berjumlah RM100,000 kepada Pusat Zakat Sabah pada majlis yang diadakan di sini hari ini.

Advertisements

Majlis penyerahan yang turut diadakan sempena rumah terbuka Hari Raya Aidilfitri 2024 itu disempurnakan oleh Pengerusi CIS, Datuk Japlin Akim, manakala Dahlan Marali
Ketua Sektor Operasi & Wilayah
Bahagian Zakat & Fitrah, Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) menerima bagi pihak Pusat Zakat Sabah.

Majlis tersebut juga dihadiri oleh Timbalan Pengurus Besar Perbadanan Ekonomi Sabah (SEDCO), Haji Azrul Ahmad, Pengurus Besar CIS, Sumardi Mohd Yusof serta kakitangan CIS.

Menurut Japlin, zakat berkenaan adalah antara tanggungjawab CIS dalam menunaikan tuntutan Islam berdasarkan kepada perkembangan dan keuntungan semasa syarikat.

“Diharapkan zakat ini akan dapat dimanfaatkan bagi tujuan membantu para asnaf dan kita berdoa agar perniagaan CIS terus mencapai kejayaan pada masa-masa yang akan datang,” ujar beliau

Related Articles

253FansLike

Latest Articles