Ketua Menteri Sabah sambut baik inisiatif Kim Teck Cheong tawar pekerjaan kepada golongan miskin

KOTA KINABALU: Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor menyambut baik inisiatif pemain-pemain industri di negeri, termaduk Syarikat Kim Teck Cheong Sdn Bhd yang komited membantu merealisasikan wawasan kerajaan negeri untuk menyediakan pekerjaan kepada anak-anak miskin tegar di Sabah.

Advertisements

“Beberapa siri libat urus akan diteruskan dengan pemain-pemain industri di negeri ini untuk memberikan peluang pekerjaan kepada golongan miskin tegar dan menyumbang di negeri ini.

“Dalam hal ini, Syarikat Kim Teck Cheong Sdn. Bhd. dan Kumpulan BTC Berhad telah menyatakan komitmen kepada Kerajaan negeri dalam pelantikan anak-anak miskin tegar di syarikat masing- masing,” katanya.

Hajiji berkata demikian pada sesi soal jawab persidangan Dewan Undangan Negeri Sabah di Likas hari ini.

Beliau menjawab soalan ADUN Sekong Alias Sani yang ingin bertanya mengenai langkah kerajaan untuk membawa Sabah keluar daripada kedudukan tercorot negeri miskin di Malaysia.

Baru-baru ini, dalam Program Jelajah Amal Berbuka Puasa, Ketua Pengarah Eksekutif Syarikat Kim Teck Cheong Consolidated Berhad Datuk Dexter Lau dipetik sebagai berkata bahawa ssyarikat KTC sangat memerlukan calon yang bersesuaian untuk mengisi beberapa kekosongan jawatan bagi meningkatkan produktiviti syarikatnya di masa depan.

Katanya KTC akan meneliti calon yang bersesuaian untuk ditawarkan peluang pekerjaan dalam tempoh terdekat.

Dexter berkata, KTC kini sudah mengenalpasti beberapa individu berkelayakan sekali gus mengutamakan kepada mereka berasal dari kawasan luar bandar, termasuk anak-anak miskin tegar untuk berkhidmat dengan syarikat berkenaan.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles