Jordan Jude Ellron – Pemimpin Masa hadapan Parlimen Pensiangan Dalam Pembikinan

KENINGAU: Mudah didampingi dan mesra rakyat, Jordan Jude Ellron yang merupakan Ketua STAR Bahagian Nabawan dilihat sebagai pemimpin muda yang berpotensi untuk pergi jauh dalam arena politik.

Advertisements

Jordan bukan sahaja memiliki ciri-ciri kepimpinan yang baik tetapi juga berjiawa rakyat dan amat disenangi oleh penduduk di kawasan itu.

Tidak harianlah, ramai rakyat di situ menganggap Jordan sebagai pemimpin dalam pembikinan khususnya bagi kawasan Parlimen Pensiangan.

Tidak kurang juga yang yakin Wiramuda Exco Negeri STAR Sabah itu akan mewarnai landskap politik Parlimen Pensiangan pasa tahun-tahun mendatang sehingga Pilihan Raya Umum Ke-16 diadakan.

Biarpun belum bergelar YB Parlimen Pensiangan, Jordan sudah mencipta sejarah tersendiri, terutama daripada segi kekerapan melawat dan melaksanakan aktiviti di kawasan Pensiangan.

Menurut Jordan, 27, faktor usia yang masih muda bukan menjadi penghalang untuk terus berbakti dan mendengar keluhan rakyat, sekali gus berusaha mencari solusi permasalahan rakyat.

“Misi dan wawasan saya ialah cuba sedaya upaya yang boleh membawa sebanyak mungkin pembangunan dalam semua aspek untuk rakyat Pensiangan,” katanya.

Selepas PRU-15, kira-kira 16 bulan yang lalu, Jordan sudah melawat dan menjayakan sekurang-kurangnya 620 program di beberapa kampung di Parlimen Pensiangan dengan purata 39 program sebulan dan sembilan program seminggu.

“Sebagai pemimpin muda di kawasan ini, tekad saya ialah memperhebatkan lagi program engagement dengan masyarakat tanpa mengira kaum dan agama, sekali gus membantu mensejahterakan kehidupan rakyat, khususnya di kawasan pedalaman,” katanya.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles