Ibu dan 13 anak tinggal sehelai sepinggang selepas rumah terbakar

SANDAKAN: Seorang ibu dan 13 orang anaknya kini tinggal sehelai sepinggang selepas rumah mereka di perkampungan air di Jambatan 6, Kampung Air, Karamunting dekat sini roboh pada malam Isnin.

Advertisements

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri Karamunting, Datuk George Hiew Vun Zin, mangsa bernama Maili Lait iaitu seorang surirumah berada di rumah bersama anak-anaknya pada waktu kejadian itu.

Suami Maili, Herman Modjahirin tidak ada di rumah kerana bekerja di Kuala Lumpur.

“Saya difahamkan Maili membawa anak-anaknya keluar dari rumah tersebut apabila mendengar bunyi retakan. Mujurlah mereka sempat menyelematkan diri dan tidak ada yang cedera di dalam kejadian ini,” kata George dalam satu kenyataan.

George berkata keluarga tersebut telah bermalam di rumah saudara yang berdekatan pada malam kejadian, dan telah dipindahkan ke balairaya Kampung Karamunting buat sementara waktu pada keesokan paginya (Selasa).

Difahamkan kakitangan daripada pihak Majlis Perbandaran Sandakan dan Jabatan Kebajikan Sandakan juga telah melawat keluarga mangsa, di samping membincangkan jalan untuk membantu keluarga tersebut.

George yang berada di Kota Kinabalu pada waktu kejadian berkata beliau telah menghantar pasukan beliau, ADUN Karamunting Task Force Team untuk melawat keluarga tersebut pada keesokan paginya.

“Saya telah menyampaikan bantuan makanan kepada keluarga ini kerana mereka tidak mempunyai apa-apa selepas bencana tersebut berlaku.

“Setelah sampai tiba ke Sandakan, saya juga telah pergi melawat mereka untuk memberikan sedikit sumbangan kepada mereka.

“Mangsa merupakan keluarga yang susah. Saya akan mencari jalan untuk mencari bantuan kewangan kepada beliau, di samping membantu keluarga beliau dari semua sudut agar mereka terus kuat dalam menempuhi kejadian ini,” katanya.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles