Bolehkah idea perpaduan dijadikan alasan untuk menutup cerita tahap pembangunan di Sabah yang hambar?

Oleh Remy Majangkim, Aktivis MA63, Tutor, dan Sejarawan

Advertisements

KOTA KINABALU: Salamat Po. Akhirnya, kerjasama rasmi melalui pemeteraian memorandum persefahaman akan ditandatangani pada 18 April 2024 (Khamis), antara Parti Bersatu Sabah (PBS) dan Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) bakal menjadi kenyataan.

Jadi, senario ini merupakan gambaran awal persaingan hebat yang dijangka berlaku pada Pilihan Raya Negeri Sabah (PRN) akan datang.

Kedua-dua parti politik itu mewakili kawasan anak jati negeri Sabah, yang merupakan rumpun momogun, Kadazan Dusun Murrut.

PBS merupakan parti tertua berbanding STAR) dan pernah berjaya menyatukan rakyat Sabah dalam satu suara.

Latar belakang sejarah mereka muncul selepas kejatuhan Parti Berjaya, sebahagiannya disebabkan oleh kesilapan mereka dalam mengabungkan Labuan ke Wilayah Persekutuan pada tahun 1984.

Oleh itu, kejayaan dalqm pilihan raya 1985 menandakan bermulanya penguasaan PBS dalam arena dan penguasaan ini tidak disenangi pihak tertentu sehingga membawa kepada rusuhan senyap pada 1986.

STAR pula merupakan sebuah parti politik baharu yang diketuai oleh personaliti kontroversi yang kebetulan merupakan adik kepada pengasas PBS. Beliau telah berjaya mengukir nama dalam arena politik sejak awal 1990-an, dan sentiasa bergerak dan menyesuaikan diri dengan landskap politik Sabah.

Jadi, landskap politik Sabah kini memasuki fasa baharu—satu perikatan yang tidak mungkin berlaku pada 1990-an—bekerjasama dengan Gagasan Rakyat Sabah (GRS).

Dalam tempoh 33 tahun, dari 1985 hingga 2018, apakah sumbangan PBS dan dua beradik itu terhadap landskap politik Sabah? Adakah penglibatan dan dasar mereka sepanjang tempoh itu telah menjejaskan generasi masa depan rakyat Sabah? Adakah kita pada masa ini mendapat manfaat daripada hasil kerja keras mereka?

Dalam tempoh 26 bulan, kerajaan Warisan melaksanakan dua dasar penting yang tidak dapat dinafikan memberi manfaat kepada rakyat Sabah.

Pengukuhan makna perkataan Pelantar Benua dalam Ordinan Tanah Sabah, yang memegang dan menyimpan berbilion minyak dan gas.

Pengenalan cukai asas petroleum bagi Negeri Sabah yang menghasilkan pendapatan tambahan bernilai berbilion dolar setahun.

Terdapat banyak dasar yang boleh dilaksanakan dengan mudah dan dicapai dalam tempoh yang singkat. Bagaimanapun, jelas bahawa selama ini Sabah mempunyai pemimpin yang gagal mengutamakan pembangunan dan sebaliknya menjadikan gagasan perpaduan sebagai alasan untuk kemajuan yang hambar.

Sekarang, adakah anda mahu menunggu 33 tahun lagi, iaitu, pada 2057, untuk mereka menyelesaikannya?

Related Articles

253FansLike

Latest Articles