KOTA BELUD: Ribuan orang ramai hadir memeriahkan Rumah Terbuka Aidilfitri yang dihoskan ADUN Usukan Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak dan UMNO Kota Belud di sini malam Sabtu.
Rumah terbuka Aidilfitri yang diadakan di Pusat SSK itu menyaksikan pengunjung daripada pelbagai latar belakang agama, kaum dan budaya berkumpul untuk meraikannya.
Bekas ketua menteri Salleh sendiri menyambut mesra hadirin yang berkunjung ke rumah terbuka itu.
Antara tetamu yang hadir ialah Timbalan Ketua UMNO Sabah Datuk Rahman Dahlan, timbalan menteri luar negeri Datuk Mohamad Alamin, ADUN Tempasuk Mohd Arsad Bistari, Setiausaha Politik Kepada Timbalan Perdana Menteri Datuk Jamal Nerubi dan Ketua UMNO Kota Belud Azuwan Norjan.
Rumah Terbuka Hari Raya merupakan simbol perpaduan, sekali gus mempamerkan keharmonian hidup bersama rakyat pelbagai kaum dan agama di negara ini.