TUARAN: Kem Istirehat Advent Dantai (KIAD) kini dikenali sebagai DEBAC (Dantai Elpizo Beach Adventure) yang bakal menyaksikan penambahbaikan daripada segi kemudahan rekreasi dan penginapan.
Perubahan nama KIAD kepada DEBAC itu diumumkan oleh presiden Sabah Mission of Seventh Day Adventist Pastor Feldinand B. Sawanai semasa berceramah sempena Perkhemahan Pathfinder di pantai Dantai hari ini.
Beliau berkata langkah itu diambil sebagai sebahagian daripada usaha mempromosi DEBAC sebagai tempat perkhemahan yang lengkap dengan pelbagai kemudahan yang diperlukan.
“Kita sedang merancang untuk menaiktaraf beberapa kemudahan sedia ada di pantai Dantai ini, termasuk kemudahan rekreasi,” katanya.
Lebih 3,000 belia termasuk dari luar negara, berumur antara 10 dan 15 tahun, menyertai Perkhemahan Pathfinder itu.
Sabah merupakan hos program yang julung kali itu anjuran Malaysia Union Mission of Seventh-day Adventist (MAUM)
Perkhemahan Pathfinder yang berlangssung selama lima hari itu berakhir hari ini.