KUALA PENYU :Lebih 100 orang komuniti di kampung Mansud dan sekitarnya diraikan dalam program Iftar bersama Majlis Getah Malaysia (MRC) Perkis di masjid Nur Iman Kampung Mansud dekat sini pada malam Rabu.
Majlis tersebut turuf dihadiri Ahli Parlimen Beaufort Datuk Hajah Siti Aminah Aching , Ahli Lembaga Pemeggang Amanah MRC Jaafar-Abdul Wahid, Penolong Pegawai Daerah yang juga Pengerusi Badan Dakwah daerah Kuala Penyu Joumat Haji Bisnim dan Pengerusi Masjid Nur Iman Haji Alipin Ayudin.
Jaafar yang juga Ketua Penerangan Belia Usia Sabah berkata majlis tersebut merupakan program tanggungjawab sosial korporat (CSR) yang dianjurkan oleh MRC dan buat julung kalinya dianjurkan di Sabah dan diadakan di kawasan Parlimen Beauforf.
Beliau berkata program berkenaan adalah kesinambungan program yang pernah dianjurkan oleh MRC pada bulan ramadan tahun tahun lepas dan kali ini dilebarkan pelaksanaannya ke Sabah.
“Pelbagai inisiatif telah dirancang dan dilaksanakan untuk membantu mereka yang memerlukan terutama menjelang Aidilfitri. Namun, Kelainan pada kali ini adalah kami mengambil keputusan untuk kolabrasi bersama beberapa pihak lain antaranya Jawatankuasa Masjid dan juga Pusat Khidmat Parlimen Beaufort. dan kita berharap akan dapat diteruskan pada masa akan datang dilain-lain daerah di negeri ini,
“Jadi kita harapkan majlis ini dapat memberi impak positif dan sedikit sebanyak dapat membahagiakan mereka yang diraikan disamping dapat memperkukuhkan hubungan silatul rahim di antara komuniti setempat ” katanya ketika ditemui selepas majlis tersebut
Sementara itu, Aminah yang juga Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno berharap agar lebih banyak program sedemikian dilakukan oleh GlC dan badan badan Ngo yang lain.
“Program pada hari ini dapat melakarkan senyuman manis diwajah penduduk.kampung yang bukan sahaja terdiri dari.masyarakat Islam tapi turut disertai dari rakan rakan yang berlain agama dan bangsa”katanya.
Aminah yang juga Pengerusi Lembaga Pengarah RISDA Semaian dan Landskap Sdn Bhd berkata program seperti itu merupakan salah satu medium terbaik untuk menyatupadukan masyarakat selari dengan gagasan Malaysia Madani yang diperkenalkan oleh kerajaan.
“Kita perlu kekalkan budaya ini bukan sahaja berkongsi kemariahan dalam perayaan-perayaan terbesar seperti hari raya aidilfitri,tahun baru cina dan sebagainya namun penyertaan kaum lain dalam acara seperti majlis berbuka puasa boleh dijadikan platfrom memperkukuhkan perpaduan,” katanya.
Justeru itu, Aminah berharap lebih banyak pertubuhan bukan kerajaan (NGO) GLC diluar sana untuk mengadakan program sebegini pada masa akan datang.
Selepas majlis tersebut program diteruskan ke masjid kampung Berangkok untuk solat berjemaah isyak dan tarawih.
Pada kedua dua majlis turut disampaikan sumbangan, termasuk buah kurma untuk tabung masjid dan fakir miskin.