KOTA KINABALU: Pertubuhan Rumpun Etnik Sabah (PRESBAH) menyambut baik kenyataan Yang Dipertua Majlis Agama Islam Sabah (MUIS) Datuk Seri Panglima Yahya Hussin baru-baru ini yang menafikan (MUIS) salah guna kuasa dalam pentadbiranya.
Presidennya Haji Yahya Ahmad berkata, jika kenyataan yang dimuat naik dalam media sosial oleh Timbalan Setiausaha (MUIS) Adnan Ariff itu merupakan satu fitnah, tindakan undang-undang harus dilakukan oleh MUIS kerana ianya boleh mencemarkan imej MUIS sebagai badan agama Islam di negeri ini, juga kepercayaan umat Islam sebagai pembayar zakat.
“ Jika benar kenyataan media yang dikeluarkan oleh MUIS pendedahan tersebut merupakan satu fitnah berniat jahat untuk menjatuhkan reputasi MUIS, tindakan undang-undang perlu dibuat ke atas Timbalan Setiausaha MUIS bagi membersihkan nama MUIS “ katanya dalam kenyataan media di sini kemarin.
Menurut Yahya dengan cara ini bila proesesnya berjalan, orang ramai khususnya umat islam dapat melihat apakah ada unsur-unsur salah guna kuasa atau perlanggaran proses mengelola kewangan sebagai mana yang didakwa atau pun ianya hanya fitnah semata-mata.
Yahya berkata, Umati slam dalam kontek ini perlu bersangka baik dengan pentadbiran MUIS dan dalam masa yang sama umat Islam juga perlu bersangka baik terhadap Timbalan Setiausaha MUIS yang mendedadakan perkara ini di media sosial.
“ Ketika ini Umat Islam tertanya-tanya apakah perkara ini berlaku? dan pada pemikiran mereka tidak mungkin Timbalan Setiausaha Muis mempartaruhkan dirinya dengan kerjayanya demi menjaga integreti dan martabat MUIS” katanya.
Dalam pada itu Yahya berkata (PRESBH) akan mempertahankan nama baik (MUIS) bagaimanapun jika ada pihak yang menyalahgunakan kuasa dalam pentabdiran atau ada pihak yang sengaja menabur fitnah untuk merosakan imej (MUIS) tindakan tegas perlu diambil bagi memelihara nama baik (MUIS)
“Kerana itu jika pendedahan ini fitnah, tindakan undang-undang perlu diambil kepada pihak yang mendedahkanya begitu juga dengan kuasa Majlis tertinggi MUIS tindakan tatatertib atau undang-undang perlu dilakukan kepada anggotanya sendiri bukanya orang awam yang menghukumnya” katanya.
Dalam pada itu, Yahya juga berharap sekiranya laporan kepada pihak berkuasa telah dilakukan tindakan menyisat perkara ini perlu disegarakan agar ianya tidak menjadi isu tergantung sehingga menimbulkan pelbagai persepsi kepada umat Islam sebagai pembayar cukai.
“ Isu ini perlu diselesaikan segara, kerana ianya merupakan hak masyarakat khususnya umat Islam sebagai pembayar cukai, tanpa tindakan segara umat Islam akan terus tertanya-tanya satu pihak mendedahkan dan pihak yang lain menafikanya mengwujudkan Susana keliru di kalangan umat Islam di negeri ini,” katanya.