Jelajah Ramadan UMNO Sabah berakhir di Kinabatangan

KINABATANGAN: Ketua Umno bahagian Kinabatangan Datuk Seri Panglima Bung Moktar Radin bersama kepimpinan Umno bahagian mengakhiri program jelajah Ramadan tahun ini dengan menghadiri majlis berbuka puasa bersama komuniti setempat di masjid daerah Kinabatangan kemarin .

Advertisements

Pada majlis tersebut selain berbuka puasa Bung yang juga Ketua Umno Sabah turut menyampaikan sumbangan zakat kepada golongan asnaf selain mengagih-agihkan bubur lambuk kepada pengguna jalanraya yang melalui jalan Lahad Datuk, Sandakan ke Kota Kinabalu, Balai Polis dan Hospital daerah Kinabatangan.Beliau juga turut melakukan kunjungan mesra ke bazar Ramadan di dataran Kinabatangan, beramah mesra bersama peniaga dan orang ramai yang berkunjung ke bazar tersebut.

Ketika berucap di Majlis Berbuka puasa di Masjid Daerah Kinabatangan Bung menyeru umat Islam agar memanfaatkan bulan Ramadan ini sebagai medium untuk memperkukuhkan ukhuwah,memulihkan hubungan sesama insan dan memelihara perpaduan .

Katanya, Umat Islam ketika ini berhadapan dengan pelbagai cabaran, malah ada usaha pihak pihak yang tidak bertanggungjawab cuba memperlekahkan agama Islam yang boleh mencetuskan susana yang tidak harmoni dan boleh mengugat keamanan.

“Kerana itu umat Islam perlu bersatu padu, menyambut ramdan dengan hati yang bersih,fikiran yang jernih dan amalan yang soleh disamping mengekalkan semangat perpaduan,” katanya.

Bung berkata Malaysia sebagai sebuah nusa dan gagasan yang unik dengan kepelbagaian etnik dan anutan agama, menuntut kebersamaan dan kesepakatan semua bangsa etniknya.

Katanya, keterbukaan warga dalam meraikan kepelbagaian agama dan budaya menzahirkan kerencaman di bumi bertuah ini dalam mengeratkan persefahaman kaum, tuntasnya mewujudkan perpaduan nasional.

“Justeru kita perlu mengelak perbuatan yang boleh memecahkan belah semangat perpaduan dikalangan rakyat Malaysia dengan kepelbagaian entik dan anutan agama,” katanya.

Bung yang juga Ahli Majlis Tertinggi Umno turut menyelar segelintir pemimpin politik di negeri ini yang cuba meniupan sentiman Umno sebagai parti Malaya yang merampas kuasa di Sabah,

Menurutnya perkara ini seharusnya tidak timbul kerana Umno sudah wujud 33 tahun di Sabah dan dipimpin oleh orang Sabah sendiri.

“Seharusnya perkara ini tidak timbul sebilangan yang melebalkan Umno sebagai parti Malaya dahulunya bersama Umno dan terlibat sebagai pengasas di awal kemasukan Umno ke Sabah, justeru sentiman ini terlalu negetif dan boleh menjejaskan konsep kerajaan Perpaduan yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim,” katanya.

Bung menambah walaupun masyarakat Malaysia menganut agama tidak sama, tetapi rakyatnya masih menghargai perbezaan itu untuk menghela nafas di negara yang sama, terus melakar kemajuan dan mencipta kejayaan unggul dari semasa ke semasa.

“Inilah keunikan tradisi kita yang harus dilunaskan oleh setiap warga, malah menjaga kesinambungannya. Di sebalik perbezaan, kita masih boleh berkongsi apa yang ada. Semuanya direalisasikan menerusi toleransi dan untuk menghangatkan kembali, Ramadan adalah detik terbaik” katanya

Sehubungan itu, Bung berharap ,rakyat Malaysia perlu menggunakan setiap peluang yang ada bagi memperkukuhkan semangat perpaduan melalui pelbagai aktiviti membabitkan semua kaum.

“ Usaha gigih yang berterusan bagi menggalakkan budaya keharmonian, perpaduan dan kesejahteraan negara diperlukan dan Ramadan ini detik terbaik pencetus perpaduan dalam memacu kejayaan negara” katanya

Hadir sama di majlis tersebut Timbalan ketua Umno bahagian Datuk Jafray Arifin, Naib Ketua Umno Pg.Aziz Pg. Damsa, Ketua Penerangan Rahia Arpah,Ketua Wanita Aminah Johan, Ketua Pemuda Mohd Kurniawan Naim Bung dan Ketua Puteri Umno Norfianah Piddin Nani.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles