Pengundi belia Sabah mungkin jadi “kingmaker” dalam PRN17

Gambar Hiasan

Advertisements

KOTA KINABALU: Pengundi belia yang berada dalam lingkungan umur 18 hingga 39 tahun dilihat boleh menjadi “kingmaker” dalam pilihan raya negeri Sabah (PRN) yang akan datang.

Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) Universiti Malaysia Sabah (UMS) Profesor Dr Rosalam Sarbatly berkata ini kerana golongan itu kini merangkumi 932,541 pengundi iaitu 55.2 peratus daripada jumlah keseluruhan pengundi berdaftar di Sabah iaitu seramai 1,689,387 orang.

Dari segi tahap literasi politik, beliau berkata ramai belia Sabah dikatakan memiliki tahap literasi politik yang rendah, bersikap “tidak peduli” untuk ambil tahu isu berkaitan politik dan tidak berminat untuk mengundi dalam pilihanraya umum.

Profesor Dr Rosalam berkata pengamatan itu berdasarkan keputusan Pilihan Raya Umum Ke-15 yang mempamerkan trend dan pola pengundian Belia “Undi18” yang dipengaruhi pelbagai faktor.

Menurutnya kecenderungan pilihan politik pengundi belia dikatakan masih dipengaruhi oleh dinamika dan isu-isu elektoral tradisional yakni yang bersifat etnik dan agama.

Di peringkat negeri Sabah pula, beliau berkata pengundian belia lebih dipengaruhi oleh isu-isu ekonomi dan pembangunan berbanding dengan dinamika etnik-agama.

Profesor Dr Rosalam berkata demikian ketika berucap pada majlis menandatangani Perjanjian Penyelidilkan (Research Agreement) antara UMS dab Institut Kajian Pembangunan Sabah (IDS) di Kampus UMS, Likas pada Rabu.

Menurutnya atas kesedaran itu, UMS telah mencadangkan agar “Kajian Dinamika, Persepsi Dan Aspirasi Politik Belia Undi-18 Sabah” dilakukan bagi menilai tren terkini .

Katanya ini sekali gus membantu IDS selaku think tanker Kerajaan Negeri Sabah menelusuri aspek-aspek itu kelak berdasarkan data-data yang diperoleh pada bahagian Pantai Barat, Kudat, Sandakan, Tawau dan Pedalaman negeri Sabah.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles