Adun Karamunting tunai janji sumbang kanopi kepada penjaja Pasar Tanah Merah

SANDAKAN – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Karamunting Datuk George Hiew Vun Zin telah menunaikan janjinya dan memberi sumbangan berupa kanopi kepada setiap penjaja yang telah berpindah dari Pasar Karamunting ke tapak letak kenderaan di Pasar Tanah Merah, iaitu pasar lama Karamunting.

Advertisements

Beliau dan pasukannya telah menyerahkan sumbangan tersebut kepada para penjaja pada pagi Sabtu, yang mana beliau turut mengambil peluang tersebut untuk menjelaskan kepada penjaja tentang status pemindahan mereka ke dalam bangunan Pasar Tanah Merah.

“Sebelum ini, saya telah pergi melawat tapak parking ini dan mendapati penjaja yang membuka gerai sehingga lebih kurang jam 10 pagi terpaksa berniaga di bawah matahari terik. Saya amat simpati dengan keadaan mereka lalu telah berjanji akan memberi sumbangan kanopi kepada mereka.

“Hari ini saya telah menunaikan janji saya. Di samping itu, penjaja di sini memberitahu saya bahawa mereka risau melihat sebuah notis yang ditampalkan di Pasar Tanah Merah yang melarang penjaja untuk berjualan di kawasan tersebut, namun saya telah jelaskan kepada mereka notis tersebut adalah untuk menyekat penjaja luar yang tidak berlesen untuk membuka gerai di sana.

Dalam masa itu, George berkata beliau berharap kesemua pihak yang terlibat, termasuk pihak Majlis Perbandaran Sandakan akan lebih bersifat bertimbang rasa dan memahami keadaan penjaja yang terkesan yang telah menjadi mangsa keadaan apabila mereka diarahkan untuk berpindah bagi memberi ruang kepada kerja pembaikpulihan dan naiktaraf di Pasar Karamunting.

Katanya, kebanyakan antara penjaja yang berkesan adalah mereka yang berpendapatan rendah, dan bergantung sepenuhnya kepada pendapatan daripada perniagaan sebagai penjaja pasar untuk keberlangsungan hidup.

“Marilah kita bersama-sama bekerjasama untuk membantu penjaja penjaja yang terkesan ini. Jangan percaya dan sebarkan maklumat dan khabar angin yang tidak tepat yang tidak akan membantu keadaan penjaja di sini,” tambah George.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles