Pelajar Kolej Vokasional mati dipercayai dipukul, 13 pelajar ditahan bantu siasatan

LAHAD DATU: Polis menahan 13 orang pelajar Kolej Vokasional Lahad Datu bagi membantu siasatan berhubung kes kematian seorang pelajar yang dipercayai dipukul di asrama kolej itu awal hari ini.

Advertisements

Ketua Polis Daerah Lahad Datu, ACP Dr Rohan Shah Ahmad berkata turut dirampas ialah alat pengecas telefon pintar yang dipercayai berkaitan dengan kes itu.

Beliau berkata pihak polis meminta orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kes tersebut.

“Dalam kes ini, pihak polis edang menjalankan siastan secara terperinci dari pelbagai sudut secara telus. Kes ini disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya dalam satu kenyataan malam ini.

Rohan Shah berkata sepasukan anggota polis telah dihantar ke kolej berkenaan sebaik sahaja menerima laporan daripada Pengarah Kolej Vokasional Lahad Datu pagi tadi.

Menurut laporan itu, pihak polis dimaklumkan terdapat seorang pelajar berumur 17 tahun dijumpai dalam keadaan tidak sedarkan diri dan pada jam 6.50 pagi pelajar lelaki tersebut telah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pihak hospital Lahad Datu yang hadir untuk memberikan rawatan kecemasan.

Rohan Shah berkata anggota polis yang telah menjalankan siasatan kes itu telah menemui satu mayat remaja lelaki dalam
keadaan terbaring di atas lantai di dalam sebuah bilik di asrama kolej itu.

Katanya pemeriksaan selanjutnya mendapati terdapat kesan kecederaan dan lebam di beberapa bahagian tubuh badan si mangsa.

Rohan Shah berkata polis percaya punca kejadian ada kaitan dengan perselisihan faham antara si mati dengan penghuni-penghuni asrama yang lain.

Katanya mayat mangsa telah dihantar ke jabatan forensik, hospital Lahad Datu bagi menjalani proses bedah siasat untuk mengenalpasti punca kematian mangsa terbabit.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles