Hentikan sindrom penafian, terima hakikat rakyat Sabah kini bergelut pelbagai masalah – Suhaimi

SANDAKAN: Samada saya kurang bijak atau Pengerusi Gerakan Kuasa Rakyat Malaysia (G57) Datuk Zulkarnian Mahdar yang buta mata atau menyempitkan fikiran melihat isu pembangunan di Sabah dibawah slogan” Sabah Maju Jaya” telah mencapai matlamatnya, adalah dua perkara berbeza yang mampu dinilai oleh rakyat Sabah, kata Ketua Penerangan Umno Sabah Datuk Suhaimi Haji Nasir.

Advertisements

Beliau berkata, Umno tidak berniat untuk mempolitikkan isu pembangunan di Sabah yang kini di bawah kerajaan Gerakan Rakyat Sabah (GRS) dengan slogan “ Sabah Maju Jaya” namun realiti semasa sedang dipersoalkan oleh rakyat sama ada di media sosial mahupun di kedai-kedai kopi.

‘Saya harap pemimpin atau penyokong kerajaan hentikanlah sindrom penafian ini, terimalah hakikat rakyat Sabah kini bergelut dengan masalah air, jalanraya ,elektrik dan ekonomi.

“Menjelajahlah ke pelusuk mana di negeri ini, isu ini adalah realiti yang dihadapi oleh rakyat ketika ini,” katanya.

Suhaimi berkata demikian ketika mengulas kenyataan Datuk Zulkarnain Mahdar yang menyifatkan kenyataan media Suhaimi sebelum ini, meminta Kerajaan perjelaskan Pelan Pembangunan SMJ kepada rakyat sepanjang tempoh lebih 4 tahun dilaksanakan sebagai tidak bijak.

Suhaimi yang juga Ahli Parlimen Libaran mengakui kerajaan negeri telah memperincikan laporan tahunan Hala tuju SMJ sebelum ini, namun menurut beliau tidak semua dapat membacanya walaupun disebarkan di pelbagai media ,internet dan sebagainya.

“Bagi penduduk di luar bandar dan tidak celik computer sudah tentu mereka tidak dapat membaca laporan tersebut, apalagi ketiadaan akses jalur lebar yang meluas di Sabah antara salah satu sebab kegagalan SMJ menyebabkan laporan tersebut gagal mereka ikuti,” katanya.

Suhaimi menambah di atas kertas sudah tentu laporan tersebut tersusun rapi namun hakikatnya dari segi pelaksanaan ianya tidak secantik laporan yang dikeluarkan.

Isu-isu keperluan pembangunan insfrastruktur asas masih menjadi isu utama dan kritikal ketika ini sedangkan ini terkandung dalam salah satu elemen SMJ iaitu modal insan, kesejahteraan rakyat dan jaringan insfrastruktur dan kelestraian hijau.

“Melihat kejayaan SMJ bukan hanya setakat kita melihat jumlah pelaburan yang masuk berbilion-bilion ke negeri ini, tapi rakyat mahu melihat dari prespektif yang lebih luas, ini termasuk insfrastruktur asas, ekonomi dan sebagainya yang mana rakyat masih bergelut dengan isu isu kritikal ini, sebab itu kalau mahu mengulas, isu ini biar bijak dan berfakta daripada mengulas hanya bersifat membodek tapi rakyat lebih bijak menilainya,” jelas Suhaimi.

Ketika mengulas kenyataan Zulkarnian yang mempertanggugjawabkan isu jalanraya,bekalan air semasa Datuk Seri Panglima Bung Moktar Radin menjadi Timbalan ketua Menteri dan Menteri Kerja Raya, Suhaimi berkata sepanjang tempoh dua tahun menduduki Kementerian tersebut beliau telah melakukan sesuatu yang terbaik atas amanah yang diberikan.

Suhaimi berkata sepanjang tempoh Bung menduduki Kementerian Kerja Raya pelbagai perancangan untuk meningkatkan kemudahan insfrastruktur asas telah dilakukan oleh beliau bagaimana pun menurutnya segala Keputusan terutamanya dari segi peruntukan kewangan adalah menjadi tanggunjawab Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Noor yang juga merangkap Menteri kewangan ketika itu.

“Tidak ada isu Bung berdiam diri semasa menjadi Menteri Kerja Raya, pelbagai perancangan telah dicadangkan kepada Kerajaan, pelbagai usaha turun padang dilakukan bagi melihat sendiri masalah dan keperluan asas yang diperlukan oleh rakyat namun kuasa memutuskan untuk melaksanakan projek pembangunan yang dicadangkan adalah dibawah bidang kuasa Ketua Menteri,” tegas Suhaimi.

Tambah Suhaimi yang juga Ketua Umno bahagian Libaran, dengan usaha yang dilakukan oleh Bung semasa menjadi Menteri Kerja Raya ,melalui peruntukan Kerajaan Persekutuan Lebuh Raya Pan Borneo bagi Zon Timur jejajaran Sandakan-Kinabaangan-Beluran Telupid dapat dilaksanakan yang merangkumi pakej 28,29 dan 30 sepanjang 58 kilometer dengan kos pembinaan RM 877 juta kini dalam proses pembinaan merupakan satu usaha serta komitmen Bung untuk meningkatkan sistem perhubungan jalanraya yang lebih baik dan sempurna untuk dinikmati oleh rakyat di negeri ini khususnya di kawasan terlibat.

“ Begitu juga dengan peningkatan kemudahan bekalan air di Sabah pelbagai lawatan ke beberapa daerah telah dilakukan oleh Bung semasa menjadi Menteri Kerja Raya, khusus untuk menijau masalah air dan mengemukakan cadangan Kementerian untuk penambahbaikan bagaimana pun kuasa memutuskan untuk projek yang dicadangkan samada dilaksanakan dan diberikan peruntukan adalah bidang kuasa Kerajaan (Ketua Menteri,” tambah Suhaimi.

Sehubungan itu, Suhaimi meminta Zulkarnian lebih baik berdiam diri daripada membuat andaian negatif terhadap pemimpin yang tidak mencerminkan kebijaksanaan beliau kerana tidak mengetahui tatacara, perancangan prosider dan pelaksanaan satu satu projek pembangunan yang dirancang dan bakal dilaksanakan oleh kerajaan.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles