Umno Kota Kinabalu pelbagai titik sentuhan dekati rakyat sempena bulan Ramadan – Hajah Musliati

KOTA KINABALU: Umno bahagian Kota Kinabalu memanfaatkan Ramadan dengan menggerakkan program turun padang bersama jentera parti sebagai platform bagi mendekatkan parti kepada masyarakat.

Advertisements

Ketua Umno bahagian Kota Kinabalu Hajah Musliati Moslimin berkata, walaupun Umno bahagian itu, terletak di sekitar Bandar Raya, namun seperti tahun-tahun sebelum ini Umno Bahagian Kota Kinabalu terus melaksanakan programnya mendekati rakyat.

Sempana bulan Ramadan UMNO Bahagian Kota Kinabalu telah melaksanakan pelbagai program turun padang menemui dan menyampaikan sumbangan kepada Masyarakat antaranya menyampaikan sumbangan kewangan dan kurma kepada masjid masjid dan surau sekitar Kota Kinabalu, agihan bubur lambuk, agihan kurma kepada pengunjung bazar ramadan, agihan air balang percuma dan sumbangan juadah berbuka untuk pemandu E Hailing dan Food Rider secara pandu lalu.

“Program-program yang kita laksanakan ini, berjaya merapatkan hubungan antara parti Umno bersama masyarakat setempat dan ini secara langsung masyarakat faham bahawa Umno itu sebenarnya hidup ditengah-tengah kehidupan masyarakat dan melaksanakan program mendekati rakyat tanpa mengira fahaman agama,politik dan bangsa,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas mengaih-agihkan makanan untuk berbuka kepada pemandu E-Hailing dan Food Rider di sini baru baru ini.

Menurut Musliati yang juga Exco Wanita Umno Malaysia, titik sentuhan antara UMNO dan masyarakat luar parti perlu sentiasa ditingkatkan selain sentuhan bersama dengan ahli serta jentera UMNO di semua peringkat dipelbagaikan dimana kedua-duanya cukup penting dan mempunyai peranan yang tersendiri.

“Umno perlu pelbagai titik sentuhan bersama rakyat bagi menunjukkan KPI parti dan ini memerlukan kesungguhan jika tidak jentera parti tidak akan fokas kepada program dalaman yang dilaksanakan.

“Memang program dalaman parti itu penting namun kita perlu akur pengundi di luar Umno jauh lebih besar yang perlu kita santuni dan ini sedikit sebanyak dapat menarik sokongan mereka untuk bersama-sama Umno,” katanya.

Musliati menambah UMNO perlu terus ke depan dalam soal kebajikan apatah lagi di bulan Ramadhan ini tidak semuanya dapat melakanakan ibadah puasa dalam keadaan yang serba lengkap ,ada golongan yang serba kekurangan yang memerlukan bantuan.

“Lazimnya UMNO dan jentera UMNOlah yang terkedepan dalam progran kemasyarakatan khususnya dibulan mulia ini dan ini adalah program sinonim setiap kali Ramadhan tiba yang kita laksanakan,” ujarnya.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles