KENINGAU: Terlalu banyak keberkatan di bulan Ramadan ini yang umat Islam perlu menghayati sepenuhnya ,bahawa inilah bulan yang menjanjikan keamanan, perpaduan serta keharmonian.
Ketua Umno Bahagian Keningau Nik Mohd Nadzri Nik Zawawi berkata, keberkatan Ramadan ini bukan sahaja harus direbut oleh umat Islam, malah boleh dimanfaatkan untuk penyatuan semua kaum dalam mewujudkan persefahaman, kerjasama dan saling bantu-membantu.
“Adalah penting dalam keadaan sekarang dan hari-hari mendatang, penyatuan yang dapat diwujudkan menjanjikan perpaduan semua kaum dan seterusnya menjadikan Malaysia sebuah negara yang aman dan selamat sebagaimana konsep Kerajaan Perpaduan yang menjadi tunjang pemerintahan negara ketika ini,” katanya ketika ditemui selepas majlis berbuka puasa Umno Zon 4 yang melibatkan Umno bahagian Keningau, Tenom, Pensiangan dan Ranau di kediaman beliau di Nik Villa Taman Fajar dekat sini kemarin.
Majlis itu dirasmikan oleh Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno Datuk Yakub Khan yang mewakili Ketua Umno Sabah Datuk Seri Panglima Bung Moktar Radin dan turut dihadiri oleh Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno Datuk Paduka Mohd Rafi Alli Hasan, Setiausaha Umno Sabah Datuk Jafry Arifin Ketua Umno bahagian Tenom Raime Unggi dan Ketua Umno Pansiangan Busiau Ampirak serta beberapa orang Ketua Umno dari bahagian lain.
Nik Mohd Nadzri yang teruja dengan kehadiran orang ramai ke majlis tersebut berkata, ianya bukan sahaja dihadiri oleh masyarakat Islam namun turut disertai oleh masyarakat bukan Islam khususnya dari kawasan itu yang mengambarkan tahap keharmonian kaum di negeri ini terus terpelihara.
“Momentum ini perlu terus dipertahankan walaupun berlainan fahama agama,buadaya termasuk fahaman politik, rakyat khususnya di negeri ini perlu menolak parti politik yang terlalu sempit dengan perkauman seperti mengwujudkan sentiman parti luar atau parti Malaya yang boleh memecahkan belahkan konsep perpaduan di negara ini” katanya.
Menurut Nik Mohd Nadzri yang juga Pengerusi Sekretariat NGO dan Profesional Muda UMNO Sabah penyatuan dan perpaduan dalam Ramadan ini amat penting untuk menjadikan Malaysia sebuah negara yang aman dan secara langsung membolehkan rakyat meneruskan kehidupan harian tanpa rasa takut atau bimbang hidup dalam Susana harmoni dan bersatu padu sebagai kekuatan negara untuk terus maju, membangun aman dan Makmur
Beliau juga turut mengajak umat Islam agar mengambil kesempatan dalam Ramadan ini untuk meluangkan masa bukan sahaja beribadah, malah menyantuni rakan-rakan, jiran dan masyarakat setempat termasuk mereka yang uzur, keluarga susah, yang sakit dan sebagainya dengan menghulurkan bantuan mengikut kemampuan masing-masing.