KOTA KINABALU: Kerajaan negeri perlu mencari jalan penyelesaian segara, bagi mengeluarkan 8 daerah di Sabah yang kini berada dalam garis kemiskinan.
Ahli Parlimen Kinabatangan Datuk Seri Panglima Bung Moktar Radin berkata, langkah yang lebih konkrit dan bersepadu perlu dilakukan oleh kerajaan negeri bagi menoktahkan 8 daerah iaitu Tongod, Beluran, Pitas, Kinabatangan ,Kota Marudu Ranau,Lahad Datu dan termasuk daerah Ketua Menteri sendiri iaitu Tuaran keluar dari garis kemiskinan tegar.
Menurut beliau yang juga Ketua Umno Sabah, jika isu ini tidak diselasaikan segera ianya akan merencatkan slogan Kerajaan negeri “ Sabah Maju Jaya “ (SMJ) bila masih ada beberapa buah daerah di negeri diletakkan dalam garis kemiskinan walaupun telah dilaung-laungkan dipelbagai medium media dan majlis bersama rakyat tentang kejayaan (SMJ)
“Perlu ada tindakan ,dan penyelasaian bersepadu jika tidak gagasan (SMJ) hanya dilihat retorik semata mata, gagal mencapai matlamatnya dan dalam masa yang sama imej kerajaan negeri akan tercalar dan ini mengambarkan slogan SMJ sudah tidak relevan” katanya dalam hantaranya di Media Sosial (Facebook) milik beliau pada khamis.
Kenyataan Bung itu sebagai maklum balas beliau terhadap jawapan Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli kepada soalan Ahli Parlimen Semporna Datuk Seri Mohd Shafie Apdal (Warisan-Semporna) di persidangan dewan rakyat pada khamis yang meminta Kerajaan menyatakan jumlah keseluruhan miskin tegar di Malaysia dan lapan daerah di Sabah dikategorikan termiskin di Malaysia setakat Januari 2024 berbanding Januari 2023.
Selain itu, Mohd Shafie turut meminta kerajaan menyatakan inisiatif serta bantuan yang diberikan kepada mereka dan program-program yang dilaksanakan perlu dipantau sehingga golongan tersebut berjaya keluar daripada kategori pendapatan miskin tegar.
Menjawab lanjut, Rafizi (PH-Pandan) berkata langkah jangka panjang yang sedang dilakukan ialah menstruktur semula ekonomi dan menambah infrastruktur di Sabah bagi meningkatkan hasil ekonomi penduduk.
“Kalau jangka masa pendek kita sedia maklum seperti Sumbangan Tunai Rahmah, Sumbangan Asas Rahmah dan subsidi itu terus ditingkatkan.
“Bagi jangka masa sederhana, di bawah bidang kuasa yang mana sebahagiannya diusahakan oleh Kementerian Ekonomi, kita mewujudkan program-program penjanaan pendapatan terutama secara berskala besar dan berkomuniti,” katanya lagi.
Sebelum itu, Rafizi memberi tahun dewan, kadar insiden kemiskinan tegar di Sabah dianggarkan sekitar enam kali ganda berbanding peratusan di peringkat nasional.
Beliau berkata, insiden kemiskinan tegar di negeri Sabah masih berada pada tahap yang tinggi iaitu 1.2 peratus berbanding kadar kemiskinan nasional 0.2 peratus berdasarkan Laporan Survei Pendapatan dan Perbelanjaan Isi dan Kemudahan Asas 2022.
“Jadi kita boleh bandingkan bagaimana keadaan di seluruh negara hanya lah 0.2 peratus dari segi insiden kemiskinan tegar, tetapi di Sabah (kadarnya) lebih kurang enam kali ganda lebih tinggi daripada kadar nasional,” katanya.
Dalam pada itu, Rafizi berkata di bawah Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR), kementerian dengan kerjasama Kerajaan Sabah memberi tumpuan kepada sektor pertanian bagi membantu golongan miskin di negeri itu.
Bung menambah walaupun kerajaan memberi tumpuan kepada sektor pertanian bagi membantu golongan miskin di negeri ini, sasaran tersebut tidak dapat membawa impak yang tinggi terhadap kenaikan taraf siso ekonomi rakyat sekiranya kemudahan asas seperti perhubungan jalanraya, bekalan air dan elektrik masih berhadapan dengan masalah.
“Kerajaan galakan rakyat menceburi bidang pertanian bagi menambah sumber pendapatan , dalam masa yang sama mereka berhadapan dengan sistem perhubungan jalanraya yang tidak sempurna ,bagaimana rakyat membawa keluar hasil pertanian mereka dalam ketiadaan sistem perhubungan jalanraya baik?” soal Bung.
Dalam masa yang sama Bung mengesa kerajaan negeri agar tidak bergantung sepenuhnya dengan peruntukan dari kerajaan pusat untuk membangunkan Sabah dan mengeluarkan rakyatnya dari garis kemiskinan tegar.
Katanya, Kerajaan negeri telah mengumumkan mempunyai simpanan kewangan yang banyak, justeru dengan kedudukan kewangan yang baik perlu digunakan untuk membantu memajukan negeri dan meningkatkan ekonomi rakyat bukan sahaja dari penyediaan prasarana namun membantu membangunkan rakyat melalui pelbagai insiatif dan bantuan yang boleh meningkatkan taraf siso ekonomi mereka.
Bung menambah dalam situasi Sabah masih jauh ketingalan walaupun dijanjikan dengan gagasan (SMJ) rakyat perlu sedar akan kegagalan kerajaan hari ini yang gagal memacu proses pembangunan yang lebih mampan, justeru katanya telah tiba masanya bagi rakyat menyedari kegagalan tersebut untuk membuat piliahan yang tepat menjelang Pilihanraya Negeri (PRN) akan datang.
“Pada Pilihanraya Negeri (PRN) ke-17 akan datang rakyat perlu bijak memilih Kerajaan bagi menentukan masa depan rakyat Sabah lebih terbela untuk kemajuan dan kemakmuran negeri dan rakyat di negeri ini. Tidak ada gunanya kita gagah dengan slogan tapi gagal diplementasikan untuk kebaikan rakyat” katanya.