Program Gunting Rambut Percuma “Back To School” Pusat Khidmat Parlimen Beaufort dan UMNO Beaufort dapat sambutan ramai

BEAUFORT: Alam persekolahan bermula, pelbagai persiapan dilakukan bukan sahaja oleh ibu bapa, malah dalam kalangan pelajar sendiri.

Advertisements

Menyedari hakikat itu, Pusat Khidmat Parlimen Beaufort dengan Kerjasama Umno Bahagian Beaufort berganding bahu menganjurkan program Gunting Rambut Percuma dan Back To School” di kawasan Parlimen Beaufort yang merangkumi dua kawasan Dewan Undangan Negeri iaitu DUN Klias dan Kuala Penyu yang dikendalikan oleh Pergerakan Pemuda Umno bahagian Beaufort.

Ahli Majlis Tertinggi Umno Datuk Hajah Siti Aminah Aching yang turun padang melihat perjalanan program ini berkata, walaupun program itu biasa dianjurkan oleh Umno namun kesannya kepada ibubapa khususnya yang berpendapatan rendah adalah luar biasa.

“Saban tahun kita anjurkan program ini, sasaran kita adalah masyarakat luar bandar yang kurang berkemampuan walaupun ianya dilihat program biasa namun kesannya kepada hubungan Umno dengan masyarakat begitu dekat sekurang-kurangnya dapat meringankan beban ibubapa dalam menyediakan kelengkapan anak-anak mereka bersekolah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui semasa menutup program tersebut di Pekan Kuala Penyu baru baru ini.

Siti Aminah yang juga Ahli Parlimen Beaufort turut memuji dan mengucapkan tahniah atas komitmen serta kesungguhan Pergerakan Pemuda dan Puteri Umno bahagian Beaufort yang telah mengendalikan pelaksanaan program tersebut yang mana menurut beliau telah mencapai sasaran sehingga ianya mendapat sambutan yang agak luar biasa dari kalangan pelajar setempat.

Majlis pelancarannya disempurnakan oleh Ketua Umno Bahagian Beaufort Datuk Awang Aslee Lakat yang dihadiri bersama oleh Setiausaha Umno Bahagian Beaufort Abdul Rahman Mohd Taib ,Ketua Wanita Juriffah Safflie, Ketua Pergerakan Pemuda Umno Ak Mohd Yazri Ak Mohd Yahya dan Ketua Pergerakan Puteri Umno bahagian Beaufort Munira Sarri dan kaki tangan Pusat Khidmat Parlimen Beaufort di Pekan Beaufort

Sementara itu Ketua Pergerakan Pemuda Umno bahagian Beaufort Ak.Mohd Yazri ketika di temui berkata program tersebut mendapat sambutan yang luar biasa dari para pelajar di kawasan tersebut.

Katanya, seramai 1,500 orang pelajar dari kawasan Parlimen Beaufort menerima manafaatnya dimana pihak penganjur bukan sahaja melaksanakan program
tersebut di kedai-kedai gunting terpilih di pekan Beaufort, malah turut dilaksanakan di Pekan Kuala Penyu dan juga Pekan Menumbok dan dijalankan selama dua hari.

Menurut Ak Mohd Yazri berbeza dengan pendekatan parti lain membuat program seperti ini hanya terpilih untuk anggota sahaja tapi Umno melaksanakanaya secara terbuka tanpa memilih bangsa, agama dan fahaman politik kerana ini merupakan tanggungjawab sosial Umno kepada masyarakat terutamanya golongan yang memerlukan bantuan.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles