Awang Aslee dipilih semula sebagai presiden SABHA

KOTA KINABALU : Datuk Awang Aslee Lakat dipilih semula sebagai Presiden Persatuan Sabah Handball Assocition(SABHA) dalam mesyuarat agung secara Hibrid persatuan tersebut kali ke-9 di sini baru-baru ini.

Advertisements

Awang Aslee yang kini Ketua Umno Bahagian Beaufort memenangi jawatan itu tanpa tanding dalam pemilihan bagi penggal 2024-20226

Dengan pemilihan semulanya, Awang Aslee kini mengetuai (SABHA)bagi penggal kedua setelah dipilih menjadi presiden pada pemilihan tahun lepas

Manakala pemegang jawatan lain (SABHA) untuk 2024 hingga 2026 terdiri daripada gabungan muka lama dan baharu.

Vijaya Kumar A/L Arumugam dipilih sebagai timbalan presiden sementara Rizwan Dahlan ,Nazir Haj Salleh dan Azami Laman masing -masing dipilih menjadi Naib Presiden I ,II dan III

Mohd Yahde Awang Matusin dan Abdul Rahman Mohd Taib pula masing-masing dilantik menjadi Setiausaha Agung dan Bendahari Agung (SABHA) bagi sesi 2024-2026

Sementara itu, pemilihan enam jawatan ahli majlis tertinggi mereka yang dipilih Norazwan Mohamed, Sazry Rame, Awang Mohd Taufiq Awang Ali, Wan Dayangku Syazwana Ag Matasan, Rozaidi Aizuddin Zuhair dan Melissa Jemolin.

Ditemui selepas mesyuarat agung tersebut Awang Aslee turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada para perwakilan yang memberikan mandat serta kepercayaan kepada beliau menjadi prsiden untuk kali kedua bagi sesi 2024-2026

Katanya, Amanah tersebut merupakan satu tanggungjawab besar dalam memperkasakan hala tuju (SABHA) sebagai satu persatuan sukan yang agak baru di negeri ini ianya memerlukan komitmen serta semangat kerja berpasukan di kalangan ahli jawatankuasa dan ahli persatuan untuk memajukan persatuan tersebut.

Menurut Awang Aslee dengan amanah yang diberikan itu beliau akan berusaha untuk mengatasi masalah yang dihadapi oleh (SABHA) dan seterusnya memantapkan sukan bola baling di negeri ini.

“ Sukan ini agak baru di Sabah dibandingkan dengan bidang sukan yang lain,justeru bagi memastikan sukan ini diminati Masyarakat usaha untuk memasyarakatkan sukan ini akan kita laksanakan melalui beberapa kursus dan kejohanan yang akan dianjurkan pada masa akan datang” katanya.

Awang Aslee menaruh harapan dengan sokongan semua pihak sukan bola baling ini akan menjadi salah satu sukan yang akan digemari oleh masyarakat terutamanya golongan muda dan dengan pendekatan program, kursus, latihan serta kejohanan yang dianjurkan lebih banyak bakat muda sukan bola baling boleh dilahirkan dan mampu bersaing dalam sebarang kejohanan baik di peringkat kebangsaan dan antara bangsa.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles