KENINGAU: Sambutan luar biasa dari masyarkat terhadap program-program membantu rakyat yang dianjurkan oleh Umno membuktikan masyarakat masih menyayangi parti keramat itu.
Ketua Umno bahagian Keningau Nik Mohd Nadzri Nik Zawawi berkata, ini terbukti setiap kali program yang dianjurkan oleh Umno sambutan Masyarakat begitu amat menggalakan.
Katanya Umno yang dikenali sebagai parti yang berjiwa rakyat sejak dari dahulu lagi memperlihatkan komitmen tinggi kepimpinan Umno untuk membela Nasib rakyat tanpa mengira kaum, agama dan parti.
“Kita laksanakan program peduli rakyat ini tanpa musim, jika sebahagian parti melaksanakanya kerana tujuan tertentu terutamanya menjelang pilihanraya baru turun padang membantu rakyat ,tapi tidak bagi Umno ianya sentiasa cakna terhadap program membantu rakyat,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan program Gunting Rambut Percuma dan sumbangan peralatan sekolah di perkarangan Pejabat Umno bahagian Keningau baru-baru ini.
Menurut beliau program membantu rakyat ini sudah tentu memberikan tumpuan kepada masyarakat luar bandar khususnya golongan B40 yang memberikan kesan positif kepada golongan sasar membantu mengurangkan beban kewangan yang mereka hadapi terutamanya bila berhadapan dengan musim persekolahan anak-anak mereka.
Nik Mohd Nadzri yang juga Pengerusi Sekretariat NGO dan Profesional Muda UMNO Sabah berkata, program seperti itu juga berjaya menstabilkan aliran perhubungan Masyarakat pelbagai kaum kea rah menjalin hubungan harmoni dan semangat perpaduan khususnya di kalangan masyarakat setempat
Menurut Nik Mohd Nadzri mesej perjuangan Umno bukanlah semata-mata berkisar soal politik kerana keselesaan dalam melunaskan keperluan dan kebajikan tidak kurang pentingnya.
Ujar beliau, UMNO mesti bergerak dan melaksanakan gerak kerja hingga ke akar umbi kerana parti tersebut mesti hidup dalam masyarakat
“Gerak kerja yang dilaksanakan parti amat penting iaitu bukan hanya melibatkan program-program yang berskala besar tetapi pendekatan turun padang termasuk menyantuni mereka yang kesusahan, uzur dan yang ditimpa musibah perlu diteruskan tiap masa.
“Lebih dari itu, ahli-ahli UMNO mempunyai nilai tambah kepada parti untuk sama-sama bangkit kembali agar parti kukuh dengan melibatkan diri dalam apa-apa sahaja aktiviti atau ruang yang ada kerana UMNO ini adalah parti yang hidup dalam masayarakat,” katanya lagi.
Dalam perkembangan lain Nik Mohd Nadzri berkata Umno bahagian Keningau juga akan menjadi tuan Rumah Majlis Berbuka Puasa bersama kepimpinan Umno Sabah yang diketuai oleh Ketuanya Datuk Seri Panglima Bung Moktar Radin pada 15 Mac ini bermula jam 5.00 petang di perkarangan rumah beliau di kampung Liawan Keningau.
Sehubungan itu, Nik Mohd Nadzri menjemput orang ramai khususnya pemimpin dan ahli Umno bahagian Keningau menghadiri majlis tersebut.