BEAUFORT: Pasukan Tenang FC muncul johan Kejohanan Bola Sepak 9 Sebelah bagi merebut Piala Ketua Pergerakan Pemuda Umno bahagian Beaufort Ak .Mohd Yazri Ak.Mohd Yahya di Padang kompelks Sukan Beaufort Ahad lepas.
Pasukan Tenang FC berjaya mengenepikan pencabarnya MDB FT dengan jaringan 2 -0 dalam perlawanan akhir yang disaksikan lebih 1000 orang penonton.
Kemenangan itu melayakkan Tenang FC membawa pulang hadiah Wang Tunai RM15,000.00 sebuah piala, medal dan hamper ,sementara pasukan MDB FT yang menduduki tempat Naib Johan memenangi hadiah wang tunai RM7,000.00, piala, madel dan hamper.
Sementara itu, tempat ketiga dimenangi bersama Pasukan Perkasa Padu dan HLDM City FC.
Majlis perasmian dan penyampaian hadiah telah disempurnakan Ketua Umno Bahagian Beaufort Datuk Awang Aslee Lakat yang turut dihadiri oleh Naib Ketua Umno bahagian Beaufort Md Rashid Haji Mathon Setiausaha Umno bahagian Abdul Rahman Taib,Ketua Wanita Umno bahagian Beaufort Juriffah Safflie dan Ketua Pergerakan Puteri Umno bahagian Beaufort Munira Sarrie
Sementara itu Ketua Pergerakan Pemuda Umno bahagian Beaufort Ak.Mohd Yazri Ak.Mohd Yahya ketika ditemui selepas majlis penyampaian hadiah kejohanan tersebut berkata ,sebanyak 20 pasukan telah terlibat dalam kejohanan tersebut melibatkan dua penyertaan dari luar daerah iaitu pasukan dari Lawas Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan dalam kejohanan yang berlangsung selama dua hari itu.
“Kami (Pemuda Umno Beaufort ) merancang untuk cuba mengadakan sebuah kejohanan bolasepak terbuka di masa akan datang setelah melihat kepada sokongan penyertaan yang baik pada edisi kali ini,” katanya.
Beliau juga turut bepuas hati terhadap penyertaan, displin serta semangat yang ditunjukan oleh peserta yang menyertai kejohanan kali ini yang memiliki semangat sukan yang tinggi.
“Sukan bola sepak merupakan medium terbaik untuk membentuk sebuah masyarakat yang bersatu padu dan harmoni, tanpa semangat kesukanan, displin serta kerjasama dari pasukan yang terlibat sudah pasti mereka tidak akan mencapai kejayaan yang diharap-harapkan,” katanya.
Menurut Ak Yazri kejohanan ini bukan sekadar untuk mencari pemenang kejohanan, mencungkil bakat baru dalam sukan bola sepak tapi masej yang ingin disampaikan ialah soal kerjasama serta perpaduan antara eleman yang turut menjadi matlamat kejohanan ini.
“Golongan belia merupakan pemimpin negara pada masa akan datang, semangat pemupukan nilai-nalai positif kerjasama,perpaduan dan semangat perjuangan yang kental penting bagi mereka menghadapi cabaran akan datang ,” katanya.