Bung Moktar harap Gerak 17 dapat beri impak besar hadapi PRN

SANDAKAN: Gerak kerja yang berstrategi dan bersistematik mampu mengembalikan kedudukan parti UMNO sebagai peneraju Kerajaan negeri selepas Pilihanraya Negeri (PRN) akan datang.

Advertisements

Sebagai usaha untuk mengukuhkan kembali kedudukan Umno sebagai parti yang telah memberikan sumbangan besar terhadap pembentukan Kerajaan Negeri selepas PRN ke-16 namun dinafikan, Umno perlu bangkit dan menyusun stategi untuk memestikan kemenangan dalam PRN ke-17 akan datang .

Menyedari hakikat tersebut, Umno Sabah telah melancarkan Gerak 17 dengan matlamat untuk mencapai kemenangan dalam PRN-17

Ketua Umno Sabah Datuk Seri Panglima Bung Moktar Radin menegaskan, UMNO sentiasa mengambil maklum tentang kancah politik semasa dan sentiasa berusaha sebaik mungkin untuk mencapai misi mengembalikan semangat pendokong Umno untuk terus berjuang mengembalikan maruah dan mencapai kemenangan.

Sehubungan itu, beliau berkata, Umno kepimpianan tertinggi Umno Sabah turun padang dalam program Gerak 17 menemui pemimpin parti di peringkat akar umbi, sampaikan maklumat berhubung isu isu politik semasa selain memantu tahap kesiapsiagaan bahagian-bahagian menghadapi PRN yang dijangka akan diadakan selewat lewatnya tahun depan.

Jelasnya, Bung yang juga Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno Gerak 17, bukan semata-mata instrumen memperkasa jentera untuk pra-pilihan raya sahaja, sebaliknya ia merupakan platform yang mencakupi segala aspek termasuk melihat sejauh mana memontum kesetiaan dan semangat perjuangan ahli-ahli parti di peringkat akar umbi,

“Alhamdullilah bagi zon lima ini kita sudah menjelajah Dun Telupid,Dun Sugud di Beluran Dun Sekong, Dun Sungai Manila dan Dun Sungai Sibuga sambutan yang luar biasa dari ahli-ahli Umno yang hadir”

“ Kita faham acara dibuat masa berkerja, bukan program Kerajaan, kemudahan seperti kenderaan, apalagi cabutan tiket bertuah tidak disediakan oleh penganjur namun kehadiran penyokong Umno begitu membanggakan yang memberi masej mereka masih setia dan bersemangat berjuang bersama-sama parti keramat ini” jelas Bung ketika di temui program Gerak 17 bagi kawasan Dun Sungai Manila Sandakan baru-baru ini.

Menurut Bung program Gerak 17 dirancang oleh Umno Sabah untuk kesemua 73 DUN dengan keutamaan adalah untuk kawasan Dewan Undangan Negeri yang majoritinya pengundi Islam dan selepas itu akan digerakkan ke kawasan DUN yang lain.

“Tujuan kita buat program ini ialah untuk menyiapsiagakan mereka khususnya jentera parti dan ahli . Jadi selepas program ini berakhir saya percaya mereka bersedia untuk menghadapi pilihan raya,” katanya.

Bung berkata, Gerak 17 menjadi medium penting untuk mentransformasi kaedah dan strategi kempen tradisional kepada satu strategi bekempen yang lebih kontemporari khususnya melalui penggunaan teknologi maklumat seiring dengan kitaran Revolusi Perindustrian 4.0.

“ Sambutan luas biasa Gerak 17 tidak akan bermakna, jika kita (jentera dan ahli parti) tidak bersedia strategi dan pendekatan yang tidak teratur ianya tidak akan membantu parti mencapai kemenangan” katanya

Justeru Bung berkata, Program tersebut bukan sekadar latihan berbentuk teori tetapi mengutamakan elemen praktikal yang bertujuan untuk menggambarkan suasana pilihan raya sebenar namun penjelasan lain juga turut diberikan penekanan,

“Kemahiran dan pemikiran ke arah teknologi maklumat amat diperlukan oleh setiap ahli parti agar dapat memenangi sesebuah pilihan raya, justeru penguasaan media baru perlu diketahui dan diamalkan oleh jentera parti dan ini telah pun dilakukan oleh Pegerakan Puteri ,Pemuda dan Wanita Umno yang telah mengadakan kursus media baru dan menjadi harapan ianya akan melebarluas hingga ke peringkat cawangan” katanya.

Bung yang juga Pengerusi BN Sabah,berharap Gerak 17 akan memberi impak besar kepada semua ahli untuk berdepan dengan ‘perang’ pilihan raya nanti dan kesiapsiagaan itu perlu bermula dari sekarang ini kerana walaupun masih ada tempoh setahun lagi Kerajaan negeri akan dibubarkan tidak mustahil pembubaran akan berlaku lebih awal dari jangkaan.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles