Rakyat Sabah letakkan aspirasi tinggi terhadap “Slogan Sabah Maju Jaya”

BELURAN: Rakyat di negeri ini meletakan aspirasi yang tinggi terhadap slogan “ Sabah Maju Jaya” (SMJ) yang diperkenalkan oleh Kerajaan GRS untuk melihat perubahan yang lebih mampan dalam aspek kemajuan serta pembangunan di negeri ini .

Advertisements

Ketua Umno Sabah Datuk Seri Panglima Bung Moktar Radin berkata, dalam kontek pembangunan ,perkara asas yang benar-benar diharapkan oleh rakyat ialah perubahan dari segi pembangunan insfrastruktur asas seperti sistem perhubungan jalanraya,bekalan air bersih,elektrik, dan ekonomi yang kini ditahap kritikal sehingga menjejaskan tahap kesejehteraan kehidupan mereka seharian.

Menurut beliau tidak timbul isu ,rakyat memperlekahkan slogan SMJ yang diperkenalkan oleh kerajaan hari ini yang disamakan seperti memperlekahkan slogan Jata Negeri Sabah atau tidak menghormati atau menyangi negeri Sabah, ini kerana menurut beliau ianya merupakan dua isu yang berbeza

Katanya Sabah Maju Jaya yang menjadi slogan dalam Jata Negeri Sabah diperkenalkan sejak 16 September 1988 tetap kekal dihormati oleh rakyat sebagai slogan rasmi ,namun yang dipertikaikan oleh rakyat ialah Slogan Maju Jaya sebuah pelan pembangunan negeri Sabah bagi tahun 2021-2025 yang dirangka oleh Kerajaan dalam membawa kemajuan negeri Sabah yang rakyat fikirkan masih belum terlaksana walaupun tempoh pelan yang dirancang hanya berbaki setahun lagi.

Bung berkata rakyat menulis pelbagai komen samada positif atau negetif di media sosial mengenai slongan SMJ bagi menzahirkan penghargaan kepada kerajaan dan tidak terlepas untuk mereka melepaskan melalui tulisan di media sosial dan lain lain medium media rasa ketidakpuasaan hati mereka terhadap gagasan SMJ yang gah disebut , namun gagal direalisasikan yang mana rakyat masih berhadapan dengan pelbagai isu terutamanya isu insfrastruktur asas ekonomi dan sebagainya.

“ Sebenarnya rakyat melihat slogan SMJ ini dari prespektif yang lebih luas, bukan sekadar slogan bersifat retorik semata-mata ,apa yang mereka harapkan slogan ini bukan sahaja pada ungkapan tapi perlaksanaanya turut dirasakan oleh rakyat ” katanya ketika ditemui selepas menghadiri prograg GERAK17 Umno Sabah bagi DUN Sugud di dewan Masyarakat Beluran Kemarin.

Bung berkata, dalam merealisasikan SMJ ianya merupakan tanggungjawab kerajaan yang memerintah ketika ini, sementara Umno akan terus konsisten dengan slogannya Bersatu,Bersetia Berkhidmat untuk meneruskan khidmat bakti kepada rakyat di negeri ini.

“ Umno perlu bangkit perbetulkan keadaan ini, rakyat memerlukan pembelaan sewajarnya bukan dimomokan dengan janji namun keadaanya tetap tidak berubah” katanya

Bung yang juga Ahli Majlis Tertinggi Umno berkata, Umno turut memberikan sumbangan besar dalam pembentukan Kerajaan Perpaduan di peringkat pusat, walaupun dinafikan jasa serta pengorbanan yang dilakukan oleh Umno semasa pembentukan Kerajaan negeri selepas Pilihanraya Negeri (PRN) ke-16 ,namun semangat perjuangan Umno di Sabah akan terus relavan untuk berjuang mempastikan rakyat Sabah akan terus dibela.

Sehubungan dengan itu Bung berkata Umno di Sabah hanya akan menjadi kuat jika semua ahlinya bersatu padu dan bersatu hati selain tidak ‘menembak’ sama sendiri.

“Letakkanlah kepentingan parti sebagai nombor satu supaya survival parti akan lebih terbela pada masa depan, dengan iltizam serta semangat berkerja berpasukan ,gerak kerja tersusun dan strategi yang tepat untuk mencapai kejayaan “ katanya

Related Articles

253FansLike

Latest Articles