Gambar Hiasan
KOTA KINABALU: Persatuan Pengguna Bijak Pantai Barat Sabah menzahirkan perasaan kecewa terhadap syarikat penerbangqn yang cenderung menaikkan harga tiket penerbangan domestik pada musim perayaan.
Presiden Persatuan Pengguna Bijak Pantai Barat Sabah David Chan berkata berdaarkan maklum balas setiap kali musim perayaan akan datang tiket penerbangan mahal sehinggakan penerbangan domestik antara Kota Kinabalu ke Tawau untuk tiket sehala mencecah hampir RM500.00
“Kita semua tahu bahawa semasa Hari Raya, orang ramai bersedia untuk pulang ke kampung halaman mereka untuk menyambut Aidilfitri bersama keluarga, dan pelajar-pelajar yang belajar di Semenanjung juga kecewa kerana tiket yang sangat mahal…yang mereka tidak mampu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Sehubungan itu, David berharap syarikat penerbangan terbabit mempertimbangkan untuk menyediakan tiket penerbangan yang lebih murah, terutama pelajar yang mahu pulang kampung Berhari Raya.