KOTA KINABALU : Pengerusi Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin belum pernah menjadi Ketua Menteri Sabah dijadikan sebagai penada aras Pengerusi Gerakan Kuasa Rakyat Malaysia (G57), Datuk Zulkarnain Mahdar dalam kenyataannya malam tadi.
Pengarah Jabatan Pilihan Raya UMNO Sabah, Jeffrey Nor Mohamed berkata, UMNO Sabah akur ramai rakyat di negeri ini menyatakan apa yang berlaku sekarang merupakan salah satu diantara kesannya daripada hasil pemerintahan Barisan Nasional (BN) 30 tahun dulu.
Katanya, ketika itu ramai pemimpin berada Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan Parti Gagasan Rakyat Sabah (PGRS) hanya tinggal 5 peratus berada di UMNO Sabah manakala sekarang hampir 95 peratus pemimpin UMNO Sabah terdiri dalam kalangan muka pemimpin baharu.
“Adakah kita mahu salahkan parti atau pemimpin yang pernah berada dalam UMNO Sabah ketika itu… InsyaAllah kami (UMNO Sabah) mahu buktikan untuk mengubahnya demi kebaikan rakyat Sabah manakala dengan segala ‘doktrin’ diperlakukan ketika era itu yang dikenalpasti banyak merosakkan minda politik Sabah kami akan ubah.
“Soal ‘recovering method for short period and long period’ bagi mengatasi masalah asas infrastruktur masih belum nampak jelas dilakukan Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor.
“Hanya banyak pengumuman namun masih belum ada penyelesaiannya, sebagai contoh dua projek Skim Bekalan Air Segera (UWSS) di Loji Rawatan Air Telibong I dan II masih belum memberi keyakinan kepada rakyat untuk mengatasi masalah air kritikal di negeri Sabah,” katanya dalam kenyataan media hari ini.
Jeffrey Nor merupakan Ketua UMNO Bahagian Putatan berkata,begitu juga tahap penyelesaian projek Jalan PAN BORNEO masih lagi berada pada tahap tidak memuaskan menjadikan rakyat Sabah menerima kesannya selepas menunggu tempoh yang sangat lama untuk menyiapkannya.
“Saya tidak faham maklumat mana dia (Zulkarnain) pakai untuk menyatakan keyakinan GRS mampu menang bergaya dalam PRN Sabah.
“Peribahasa menyatakan ‘ikut resam padi semakin tunduk semakin berisi, tidak perlu sombong untuk mengeluarkan kenyataan mengecilkan orang lain, kita tunggu sahaja PRN Sabah.
“Soal pelaburan tinggi merupakan satu pengumuman yang baik…Tetapi tidak pernah satu pun proposal menyatakan bagaimana kita merancakkan ‘Domestic Economics’ dalam negeri. Kerajaan perlu memastikan harga barang-barang ‘security food’ berada dalam paras harga yang berpatutan,” jelas Jeffrey Nor.
Menurutnya, rakyat Sabah seolah-olah berada dalam ketakutan dengan ketidakkawalan harga barang-barang pada Ketika ini sekali gus mengurangkan kuasa membeli dalam kalangan rakyat di Sabah serta menyebabkan rakyat luar bandar akan menerima kesan kenaikkannya.