Ir Shahelmey minta kerajaan persekutuan lihat semula kesesuaian polisi bersasar harga petrol dan diesel di Sabah

KUALA LUMPUR: Kerajaan perpaduan persekutuan diseru supaya melihat semula kesesuaian polisi bersasar harga petrol dan diesel di Sabah.

Advertisements

Anggota Parlimen Putatan Datuk Ir Shahelmey Yahya berkata ini kerana kenderaan jenis pacuan empat roda merupkan keperluan bagi penduduk negeri Sabah disebabkan permukaan muka bumi yang berbukit bukau serta keadaan jalan raya yang masih banyak dalam keadaan kurang baik.

“Kenderaan pacuan empat roda diperlukan bagi pergerakan rakyat Sabah, dimana ianya digunakan untuk mengangkut hasil-hasil komoditi, pertanian, barangan keperluan harian serta sebagai kenderaan harian untuk menghantar anak-anak ke sekolah dan berkerja terutama sekali di kawasan luar bandar dan pedalaman Sabah,” katanya.

Ir Shahelmey yang juga menteri kerja raya Sabah berkata demikian pada sesi perbahasan di Dewan Rakyat hari ini.

Dalam hal ini, beliau berkata kerajaan wajar mengambil kira, bahawa sebarang kenaikan harga diesel dan petrol akan sekaligus menambah kenaikan kos sara hidup rakyat di Sabah.

“Maka atas alasan untuk mengawal kenaikan kos sara hidup di Sabah, saya menyeru agar polisi bersasar harga petrol dan diesel di Sabah dilihat semula kesesuaiannya mengikut keadaan di negeri ini,” katanya.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles