MP Beaufort zahir simpati, minta kerajaan beri pertimbangan bantuan rumah SMJ untuk mangsa kebakaran Kg Bakalau

BEAUFORT:Ahli Parlimen Beaufort Datuk Hajah Siti Aminah Aching menzahirkan rasa simpati ke atas musibah kebakaran yang menimpa 8 keluarga di kampung Bakalau pada petang Rabu lepas.

Advertisements

Beliau pada petang kejadian kebetulan dalam perjalanan balik ke rumah dari pejabat Pusat Khidmat Parlimen Beaufort sekitar jam 5.30 melihat kepulan asap di udara di kawasan perkampungan Bakalau dan terus menghalakan perjalanan ke lokasi kejadian.

“Semasa saya sampai di lokasi kejadian dua buah rumah sudah musnah dijilat api, dimana api terlalu cepat merebak kebetulan kawasan rumah berhampiran sebahagianya dibuat dari papan, lebih memburukan keadaan angin bertiup kencang dan keadaan cuaca panas menyebabkan api cepat merebak,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian.

Menurut Aminah yang juga Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, beliau sempat menghubungi Pegawai Daerah Beaufort untuk memohon bantuan dari Balai Bomba Kuala Penyu dan Kimanis bagi membantu usaha Bomba Beaufort memadam kebakaran bimbang keadaan sukar di kawal kerana api terlalu cepat merebak.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Beaufort, Mohammad Hasbullah Nenggok ketika ditemui, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 5.10 petang

Katanya, operasi memadam kebakaran dilaksanakan sepasukan anggota dari BBP Beaufort dengan bantuan dari BBP Kimanis.

“Kebakaran membabitkan lapan rumah kediaman jenis tidak kekal terbakar sepenuhnya.

“Operasi pemadaman dijalankan menggunakan dua aliran, empat pancutan dan satu aliran paip dengan sumber air yang diperoleh dari air terbuka iaitu sungai berhampiran ,tiada kemalangan jiwa dilaporkan selepas penghuni rumah sempat keluar menyelamatkan diri,” katanya.

Mohammad menambah , operasi berjaya dikawal jam 6.11 petang dan punca serta jumlah kerugian masih dalam siasatan.

Dalam pada itu Aminah yang juga Pengerusi Ahli Lembaga Pengarah RISDA Semaian dan Landskap Sdn Bhd berkata pihak Pusat Khidmat Parlimen Beaufort akan menghulurkan bantuan awal kepada mangsa-mangsa yang terlibat begitu juga UMNO bahagian Beaufort turut memberikan bantuan kepada mangsa-mangsa yang terlibat.

Beliau juga turut menyarankan kepada Kerajaan agar mangsa-mangsa yang terlibat dan berkelayakan dapat diberikan bantuan rumah dibawah skim bantuan Rumah Mesra Sabah Maju Jaya (SMJ)

“Semua keluarga yang terlibat terdiri dari golongan B40 yang layak diberikan bantuan perumahan dan saya berharap sekiranya mereka layak dibantu Kerajaan dapat mempertimbangkanya memandangkan semua mangsa adalah golongan B40,” katanya.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles